May 19, 2010

Terengganu Rare


Tengok2 balik gambor gua balik Teganu itu hari terjumpa gambor ni.

Memang rare sangat senario lagu nih.

Mana mau carik kedai makan pasang tiwi kut kompiter pakai tv kad..?

May 18, 2010

Formspring III

Memang ada hantu lah benda ni.
Jumlah kekerapan gua bukak blog dah merosot 70% perkapita semenjak dua ni.

Sedutan sikit~

Hari Sabtu :
cara2 nak menamatkan riwayat hidup anjing sebelah rumah gua by crsang

lu tak folow lambok ke..? taruk jarum dalam telur. kasi itu anjing makan. tapi jangan diamalkan di kedai2 makan~




Hari Isnin :
ape yang menyebabkan jiran aku punya anjing dah tak menyalak sekarg? by crsang

uih! lu betul2 buat ke lambok punya kekdah???? u're de man lah! hahahaha~

May 17, 2010

16 Mei Tahun Mesin Photostat Kat Sekolah Masih Pakai Gelek2

Pagi tu sekolah gua tak macam biasa2. Budak2 darjah satu sampai darjah nam semua pakai baju sukan tak pakai baju sekolah. Parking basikal pun lain macam cantiknya. Cikgu2 lain macam dia punya sibuk. Dalam sibuk2 tu tak lekang langsung senyum di bibir masing2. Satu perkara saja yang tak berubah iaitu skim bagi makan pagi2 percuma kepada murid2 yang layak. Tapi yang tak layak pun banyak saja pegi tadah tapewer.

Sebagai ketua murid, gua memang sedia maklum hari tu memang bayak acara bakal diadakan. Tak ada langsung scene pembelajaran dalam kelas. Hari cikgu2 untuk hepi2. Dimulakan dengan perhimpunan kat dataran sekolah. Dulu sekolah gua pakai tar tak berturap lagi. Memang mari kejung juga lah kaki jadinya. Gua tak menyesal langsusng sebab dengan berdiri selama sejam atas tu la kaki gua jadi kaki atlit2 skarang ni. Mau kasi penyepak pun tak goyang langsung.

Sebagai ketua murid, gua terpaksa kena berucap di perhimpunan. Sama level dengan cikgu2 juga lah. Wakil murid2. Memang tip top gua punya level of confidence masa tu walaupun gua masih belum pernah dengan perkataan 'level of confidence' tu time skolah2 rendah. Sedikit pun tak berterabur. Teks ucapan kata2 pujian kepada cikgu2 yang cikgu BM gua kasi dah seminggu gua hafal. Pedehal~

Lepas perhimpunan ada acara merentas desa. Sebagai murid contoh, gua tentunya tidak terkecuali untuk membabitkan diri walaupun gua bukan jaguh acara lari2. Gua lebih cenderung bergiat dalam sukan yang bergelanggang dan berpadang. Tapi demi cekgu2 gua join juga sebab sape2 yang tak join kena susun kerusi kat kantin dan kutip sampah satu sekolah. Jatuh pula martabat gua kalu buat kerja2 kasta macamtu. Trek larian hanya sekitar kampung2 berhampiran. Tak masuk kampung gua. Abah gua dulu pesen tak bagi gua berkawan dengan budak2 kampung sebelah. Tak senonoh kata dia. Jadi, gua terpaksa mengikut kawan2 yang bermastautin di area2 situ untuk gua jadikan penunjuk arah.

Sampai di checkpoint yang terakhir, Nordin ajak pekena minum2 dulu di rumahnya. Tak jauh. Lagi dua selekoh nak sampai sekolah. Dengan tekak yang kering dan penat yang agak super ditambah pula dengan majoriti yang nak join, gua hanya menurut. Bukan selalu bulih ada kat umah time2 waktu perdana kategori sekolah. Ni pulak umah kawan kampung sebelah yang gua tak pernah berkunjung.

Sampai umah Nordin, mak beliau menyambut kami dengan air oren. Peh!! Dia punya lega sampai tak malu2 lagi untuk minta tambah. Diserikan pula dengan tayangan Ultraman Ace kat tiwi. Memang gua terus pekena baring kat situ jugak. Kipas gua mintak Nordin up sampai lima.










"Anip mana..? Anip..?" sayup2 gua dengar suara abah gua. Laju2 gua celik mata tengok jam digital tali plastik kat tangan.

6:40 petang.

Cilakak! Bawa ke maghrib juga gua tertido umah Nordin. Majlis cekgu2 ke mana. Kelas agama petang gua ke mana. Bawak ke mudarat juga aktiviti merentas desa nih. Laju2 gua bangun menyerah diri.

Malam tu gua tido meniarap ditemani bau minyak afiat. Panas belakang takleh nak kata. Pedih oh!!







Selamat Hari Guru cekgu..!!

May 13, 2010

Salah Cakap Bersama Copin vol.4 (feat. Sha)



TIme balikkampung gua itu hari..
Copin tengah memandu sambil buat kesalahan jalanraya - becakap pakai ensep tanpa alat bebas tangan. Makwe dia cek status.
Gua duk tepi dengar2 saja apa yang masuk ke telinga.


Copin : Abang baru kat Cherating ni. Jauh lagi nak sampai.

Sha : kljklczj;jf;iosufnpw8e9 ryr ;3clj dg8yq~

Copin : Ye la.. sampai kang abang bagitau la..

Sha : h;aoiuerq38rcy uwh~

Copin : Ye la. abang beli la.. Sha nak apa?

Sha : klhI^&r~

Copin : Sotong gorilla?? Ya Allah.. bukan sotong gorilla la.. Gurita la.. gurita..!




Gua cuba imajin~

Beginikan rupa haiwan yang dimaksudkan?
Gua harap jodoh mereka berpanjangan~

May 11, 2010

Formspring II

Menurut kamus dewan :
  1. Bosan - sudah tidak suka lagi, jemu, boyak: saya sudah ~ makan daging; dia sudah ~ akan isterinya; ~ mendengar kisah yg sama berulang kali;
  2. Bosan - membosankan menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan: pidato-pidato serupa ini sangat ~;
  3. Bosan – kebosanan 1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan: ~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit; 2. Jk kekenyangan;
  4. Bosan - pembosan mudah (lekas) bosan.


Apa kaitan pulak dengan formspring??
Ada...!

Pasal bosan la gua sudah ada satu akaun Formspring. Gua dah siap2 panggil Ellen deGeneris potong reben tadi.
Sila lah tanya.
Tapi sila hati2 dengan lu punya soklan.
Bawak ke muradat sok2 gua tak jamin.






Oh ye. Gua tarik balik stetment aritu ; hanya blogger2 ternama yang buat benda nih. Darkk marah.
Gua convert jadi 'sape2 yang bosan seperti takrif Kamus Dewan' yang buat benda ni.

May 10, 2010

Silap Cakap Edisi Sabah

Ayat salah : Esok jadi ke nak blog hopping ni?

Ayat betul : Esok jadi ke nak island hopping ni?




Agak parah gua di situ~



Aktiviti snokeling sambil island hopping sangat merbahaya
kepada bahu2 yang sensitif. Silap haribulan bahu anda boleh jadi daging salai~
Tapi dia punya best memang bersaiz jumbo..!!

May 9, 2010

Bahbai Sabah Bah


Solat Jumaat dalam kapaterbang. Sampai petang Jumaat. Main bola sampai teseliuh ibujarikaki. Diner kompeni ada nyanyi2. Jalan2 tepi laut tengah2 malam tak nampak awek bogel.
Pegi pulau hari Sabtu sampai macam kena salai. Petang soping2 Pasar Pilipina. Malam makan sifud bakar2. Lagi cerah sotong bakar dari gua. Cari karok tak jumpa. Last2 melalak kat hotel saja.
Ahad pagi jadi jaguh volibol. Tawan swiming pul sambil ada tayangan khas persembahan makwe2 korea. Lepas lunch tanpa kalori cek out hotel.

Kesimpulan : Sabah rawk bah..!!

May 7, 2010

Solat Jumaat



Benda2 fardhu kifayah macamni pun nak kena ada event reminder jugak ke...??

Dah parah muda-mudi pasca Facebook-PSP-iPhone ni gua syak.

Kerajaan Islam.. sila ambik perhatian~

May 6, 2010

Formspring

Makin ramai skang ni gua tengok blogger ternama main benda ni skang.
Darkk Akacabavakra contohnya.
Trend baru barangkali.


Gua nak tau sangat apa pula revolusi selepas fesbuk.
Formspring ni nampak ada macam prospek nak celen.
Kita tunggu.



Tanya gua kat sini >>
http://www.formspring.me/paiseh

May 5, 2010

Scene Kat Kampung Gua Yang Tak Ada Kat Kolumpo


Port tengok bola paling ummpphh!! penah gua lepak.

Ada angin laut.

Ada lampu kaler kalir.

Ada wifi.

Ada esbelended tiga hengget setengah.

Ada laut. Agak2 kalu frust sangat kalah boleh terus terjun laut.
A'ah. Muara sungai Terengganu.

Shisha je takde~

May 4, 2010

Mencuri


"Ahaa..padan muka. Mencuri lagi!" Singular tiba2 bersuara lagak serius ketika di pasaraya C4 mencari bahan dapur demi sesuap nasi untuk santapan kami dan haiwan peliharaan.

Gua jadi sedikit kompius. Sikit saja. Toleh kiri. Toleh kanan. Belakang...
Nampak brader patung tu takde tangan.ceh!

Pesen main2 dengan akidah ni. Pasaraya C4 sila amik perhatian.

May 3, 2010

Salah Cakap Bersama Copin vol.3 (feat. Singular)

Di satu pagi yang berkat ketika sesi bersarapan secara muhibbah di kedai Nasi Dagang Ganung Sedap Tak Patut, Taman Melawati...


Gua : Cikcabor tu apa?

Copin : Cakcibor lah!


Gua : Cikcabor ke cakcibor?


Copin : Cakcibor lah!


Gua : Apa2 lah.. apedia??

Copin : Yang tu.. menatang panjang2 sayap tu..

Gua : Apedia..?


Copin : Ala.. apenama menatang tu..? Panjang2 tu.. Aaa..!! Pepatung~

Singular : Oooo.. pepatung. Apesal panggil cakcibor?


Copin : Ntah.. mak aku panggil macam tu aku panggil macamtu la...


Singular : Orang Joho panggil flying dragon~

Copin : A'ah.. flying dragon la~


Gua : Bukan dragon fly?


Singular buat2 tekun makan nasik dagang sementara Copin dah terbayang2 entry blog gua akan datang~



Semua angkata gambau ni.
Mek Hanie sila bertangungjawab~