May 17, 2010

16 Mei Tahun Mesin Photostat Kat Sekolah Masih Pakai Gelek2

Pagi tu sekolah gua tak macam biasa2. Budak2 darjah satu sampai darjah nam semua pakai baju sukan tak pakai baju sekolah. Parking basikal pun lain macam cantiknya. Cikgu2 lain macam dia punya sibuk. Dalam sibuk2 tu tak lekang langsung senyum di bibir masing2. Satu perkara saja yang tak berubah iaitu skim bagi makan pagi2 percuma kepada murid2 yang layak. Tapi yang tak layak pun banyak saja pegi tadah tapewer.

Sebagai ketua murid, gua memang sedia maklum hari tu memang bayak acara bakal diadakan. Tak ada langsung scene pembelajaran dalam kelas. Hari cikgu2 untuk hepi2. Dimulakan dengan perhimpunan kat dataran sekolah. Dulu sekolah gua pakai tar tak berturap lagi. Memang mari kejung juga lah kaki jadinya. Gua tak menyesal langsusng sebab dengan berdiri selama sejam atas tu la kaki gua jadi kaki atlit2 skarang ni. Mau kasi penyepak pun tak goyang langsung.

Sebagai ketua murid, gua terpaksa kena berucap di perhimpunan. Sama level dengan cikgu2 juga lah. Wakil murid2. Memang tip top gua punya level of confidence masa tu walaupun gua masih belum pernah dengan perkataan 'level of confidence' tu time skolah2 rendah. Sedikit pun tak berterabur. Teks ucapan kata2 pujian kepada cikgu2 yang cikgu BM gua kasi dah seminggu gua hafal. Pedehal~

Lepas perhimpunan ada acara merentas desa. Sebagai murid contoh, gua tentunya tidak terkecuali untuk membabitkan diri walaupun gua bukan jaguh acara lari2. Gua lebih cenderung bergiat dalam sukan yang bergelanggang dan berpadang. Tapi demi cekgu2 gua join juga sebab sape2 yang tak join kena susun kerusi kat kantin dan kutip sampah satu sekolah. Jatuh pula martabat gua kalu buat kerja2 kasta macamtu. Trek larian hanya sekitar kampung2 berhampiran. Tak masuk kampung gua. Abah gua dulu pesen tak bagi gua berkawan dengan budak2 kampung sebelah. Tak senonoh kata dia. Jadi, gua terpaksa mengikut kawan2 yang bermastautin di area2 situ untuk gua jadikan penunjuk arah.

Sampai di checkpoint yang terakhir, Nordin ajak pekena minum2 dulu di rumahnya. Tak jauh. Lagi dua selekoh nak sampai sekolah. Dengan tekak yang kering dan penat yang agak super ditambah pula dengan majoriti yang nak join, gua hanya menurut. Bukan selalu bulih ada kat umah time2 waktu perdana kategori sekolah. Ni pulak umah kawan kampung sebelah yang gua tak pernah berkunjung.

Sampai umah Nordin, mak beliau menyambut kami dengan air oren. Peh!! Dia punya lega sampai tak malu2 lagi untuk minta tambah. Diserikan pula dengan tayangan Ultraman Ace kat tiwi. Memang gua terus pekena baring kat situ jugak. Kipas gua mintak Nordin up sampai lima.










"Anip mana..? Anip..?" sayup2 gua dengar suara abah gua. Laju2 gua celik mata tengok jam digital tali plastik kat tangan.

6:40 petang.

Cilakak! Bawa ke maghrib juga gua tertido umah Nordin. Majlis cekgu2 ke mana. Kelas agama petang gua ke mana. Bawak ke mudarat juga aktiviti merentas desa nih. Laju2 gua bangun menyerah diri.

Malam tu gua tido meniarap ditemani bau minyak afiat. Panas belakang takleh nak kata. Pedih oh!!







Selamat Hari Guru cekgu..!!

15 comments:

  1. hahaha...
    pesen jaga martabat sangattt...
    sekali tertido sampai senja,
    siap kena libas lagi.

    ReplyDelete
  2. padah lepak umah org smpi xigt dunia..

    haha..rasakan..

    ReplyDelete
  3. ni entri utk cikgu + slmt hari bapak ke weh..

    :P

    kecik² dah rebel lu nih..haihh~

    ReplyDelete
  4. oh da buleh pulak komen.
    hahaha.
    abaikan bebelan aku kat kotak jerit xde bunyik tuh

    lu ni musti pesen2 kat tido kt skolah dulu kan?
    bek lu ngaku~

    ReplyDelete
  5. sebagai ketua murid,
    pergh..tak boleh nak blah

    ha haa. padan muka kau. tidur tak hengat

    ReplyDelete
  6. "sebagai ketua murid,"

    dua kali ulang tu.hahaha...okeh paiseh..takda cakap banyak..kita rakan sejawat...calit jari kelingking sket.

    ReplyDelete
  7. ceh! jaguh mende, bru rentas desa dh kejung!

    kem salam kt bapak lu..sbb dia lu bulih tulis blog dgn gagah..kehkeh~

    ReplyDelete
  8. ooo kaulah ketua murid sekolah sebelah tu ekhhhh... baru aku tahu kau sape.. hohoho.

    ReplyDelete
  9. memang padan dengan muka lu...

    ReplyDelete
  10. with great power come great responsibilities..

    yeah!!

    ReplyDelete
  11. entry ni seswai utk 'hari abah' juga. sebab abah la lu jadi manusia skarang.

    err... camne eh lu kasik ucapan bersame slang ganu pekat. haha!

    ReplyDelete
  12. kena tibai...
    hahahahhaahahahahhahahaah...

    ReplyDelete
  13. baru bagi minum dah buat macam rumah sendiri..

    hahaha..


    .

    ReplyDelete
  14. i like this one. ini baru la entri gred A ;p

    ReplyDelete