sebuah metode pembacaan teks ditunjukkan bahawa dalam setiap teks selalu hadir anggapan-anggapan yang dianggap absolut padahal setiap anggapan selalu kontekstual dan anggapan selalu hadir sebagai konstruksi sosial yang menyejarah
Orang Melayu panggil perut. Orang Eropah sebut tami. Bahasa gym dia abdomen.
Tak ada la benda paling orang laki macam gua takut efek2 lepas kawen melainkan perut maju ke depan. Maju ke depan tu dah teruk dah bagi gua. Yang lagi teruk bila perut mula main sorok2 talipinggang. Terus ghaib unsur2 kacak dalam diri!
Beberapa tahun lepas, gua tunduk bawah tengok abdomen gua tanpa seurat benang (anggota lain ke bawah masih ditutup kain). Segak sangat gayanya. Ada roti panas nam ketul melekat. Nak kata seksi tu tak lah. Tapi gua tak mahu cakap tipu2. Memang seksi lah.hikhikhik!
Tahun ni, gua tunduk bawah tengok abdomen gua tanpa seurat benang (anggota lain ke bawah masih ditutup kain). Roti panas sudah hilang. Gua cuba meneran sikit. Yeah...masih kenampakan alur2 membelah berbaris 3. Gua cuba bernafas secara normal. Hilang. Sedikit lebihan menyentuh tali pinggang. Huh~
Beberapa tahun akan datang, gua tunduk bawah tengok abdomen gua tanpa seurat benang (anggota lain ke bawah tak tahu masih ditutup kain ke tak). Err.. beberapa tahun akan datang lah gua sambung~
Harapannya, ini gua beberapa tahun akan datang. Kes2 maju ke depan tu, bialah duk kat makwe embeng saja. Gua usaha jugak sampi jadi.kehkehkeh~
Gua mula2kenal benda youtube ni tahun 2008. Loser bukan? Time tu Che Asam la yang slalu sembang2 pasal youtube ni. Macam2 ada katanya. Banyaknya dia cerita pasal rempit2. Mat rempit pior katakan. Alhamdulillah. Sekarang dah bertaubat. Jadi cikgu MRSM. RXZ pun dah jual. Cuci tangan orang kabor.
Sekarang. Memang lagi macam2 ada kat youtube ni. Macam gugel juga, apa2 mende yang nak belajar, bulih rujuk youtube. Nak crack software, rujuk youtube. Nak belajar fotografi, rujuk youtube. Nak tengok Masterchef, bukak youtube. Nak tengok highlight bola, buka youtube. SIkit2 youtube. Nak tengok Ustaz Azhar, bukak youtube. Nak apa2 pun, bukak youtube. Sebab tu lah kalu takde intenet, gua jadi kucing. Comel.
Dua tiga menjak kebelakangan ni, gua ada hobi baru pasal youtube nih.
Baca komen.
Fun weyh!!
Contoh...
peter schmeichel has scored more goals for united than torres has for chelsea - klip pasal Peter Schmeichel kiper lejen
who knew back then that the random guy at 0:23 would be the Chelsea manager in 4 years - klip pasal MU vs Chelshi ada sikit sosok2 AVB
Congratulation it's a boy... - klip pasal botfly (sumpah nonton benda ni jadi ketagih!)
HD my ass - klip pasal rancangan The Voice dan penggunaan kata 'HD'
Kita berkenalan dalam laman muka buku, Kemudian bila deting kau rogol aku, Oh oh oh~ - kahkahkah.. lu orang ketik laa sendiri lagu nih~
Bear: You see that that's Brown Bear! shh quit down they're are really rare in these forests better not let it see me Brown Bear: You see that that's Bear Grylls better move quick or he'll eat me - klip pasal pengembara paling power
apa daa korang ni kutuk2 ... tak baik tau ... penat Doralin tu nyanyi ... - klip pasal Rosmoh duet dgn Mawi
Itu hari tem gua sakit tekak yang hamat sangat tu, gua sakit sangat2 sampai tak boleh bangun tido. Sebab kalau gua sedar, gua akan rasa sakit. Jadi gua usahakan jugak untuk tido. Bila2 masa. Kat rumah je lah tapinye. Gila apa nak tido tengah divider.
Petua petui tu gua amalkan juga. Kicap campur asam limau nipis gua telan. Ptuihh! Tak sedap langsung! Baik gua makan eskrem saja. Tekak gua pura2 jadi baik sebab eskrem lagi sedap kalo nak banding dengan kicap.
Petangnya, gua pegi makan nasik ayam ON dengan makwe embeng . Dah dua hari gua asik telan nestum saja. Perlu juga makan nasik untuk bekalan karbohidrat. Tapi tak sampai suku pinggan, gua serender. Dia punya perit mengalahkan sembelit. Serta merta gua jadi tak hensem sebab makan sikit pun dah mengah macam main renang berirama.
"Sakit apa pun orang laki ni, sakit lagi pompuan time nak beranak tau..." makwe embeng kasi nasihat sedas.
Tu tajuk lagu saja.. sedap kemahen.. kalu lu orang geng2 ngadap tivi lepas balik terawih la.. Samarinda - Ramadhan Terakhir.
Terus terang kabor, gua tak berapa bulih tengok sangat cerita nih. Tapi gua tau cerita ni sedak. Lebih sedak dari Tanah Kubur mahupun Hantu Kum Kum. Terus terang kabor, gua sempat tengok episod nombor 1 dengan nombor last saja. Tapi gua tau cerita dia sedak.
Tengiang2 lagu dia sepanjang bulan puasa aritu. Ikut lirik dia, kalu tem bulan tak puasa pun bulih pakai juga. Maksudnya jangan lupa tuhan. Bagus!
F.A.Q :
1)Sape penyanyi?
Pompa Bensin.
2)Sape Pompa Bensin?
Pompa Bensin adalah sebuah band projek khas yang ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia
pada tahun 2009. Kumpulan itu terdiri daripada AzmAiza Y (vokal) dan AG (bass, gitar,
keyboard & perkusi), Andra Ahmad (Vokal & gitar) dan Aidan Haliqa (vokal). Semua empat
ahli yang terlibat dalam penulisan lagu dan pengeluaran.
3) Sape tu? Tak pernah dengar pun?
•Aidan Haliqa - Nadia Aqilah (nama reverse)
•Andra Ahmad - Aqasha (nama anak)
• AG - AG Coco Hujan ; genius!
•AzmAiza - Butang (Sindarela)
Tak dapat jugak? Tanya laa gugel sendiri~
4) Kenapa Pompa Bensin?
5)Gile ah.. Paiseh layan crite gini?
Sukati gua lah!!!
Oh ya. Lagi satu sebab cerite ni sedak. Yang belakon jadi mak rimau yang garang macam mesin kelapa tu.. Mazni nama dia dalam crite nih. Pehh.. dia punya acting power macam Julie White! Siasat punya siasat.... Perghh!! Fazlina Dato' Ahmad Daud! Adik Fauziah Dato' Ahmad Daud!! Patut sangat laaa.... (gua respek Ogy pasal beliau kawen dengan Eman Manan.kehkehkeh~).