September 28, 2011

Tami

Orang Melayu panggil perut.
Orang Eropah sebut tami.
Bahasa gym dia abdomen.

Tak ada la benda paling orang laki macam gua takut efek2 lepas kawen melainkan perut maju ke depan. Maju ke depan tu dah teruk dah bagi gua. Yang lagi teruk bila perut mula main sorok2 talipinggang. Terus ghaib unsur2 kacak dalam diri!

Beberapa tahun lepas, gua tunduk bawah tengok abdomen gua tanpa seurat benang (anggota lain ke bawah masih ditutup kain). Segak sangat gayanya. Ada roti panas nam ketul melekat. Nak kata seksi tu tak lah. Tapi gua tak mahu cakap tipu2. Memang seksi lah.hikhikhik!

Tahun ni, gua tunduk bawah tengok abdomen gua tanpa seurat benang (anggota lain ke bawah masih ditutup kain). Roti panas sudah hilang. Gua cuba meneran sikit. Yeah...masih kenampakan alur2 membelah berbaris 3. Gua cuba bernafas secara normal. Hilang. Sedikit lebihan menyentuh tali pinggang. Huh~

Beberapa tahun akan datang, gua tunduk bawah tengok abdomen gua tanpa seurat benang (anggota lain ke bawah tak tahu masih ditutup kain ke tak). Err.. beberapa tahun akan datang lah gua sambung~

Harapannya, ini gua beberapa tahun akan datang.
Kes2 maju ke depan tu, bialah duk kat makwe embeng saja. Gua usaha jugak sampi jadi.kehkehkeh~

2 comments:

  1. amboih..ayat caption gamba x menahan..haha..

    gua cadangkan lu kena gemuk sikit sbb tengok lu secara live adalah sangat kurus ok..hee

    ReplyDelete
  2. 2 bulan selepas status bertukar, gua dah naik dua inci. solid bukan?

    ReplyDelete