December 17, 2009

Sekilas Bolasepak Malaysia - Edisi Sukan Sea

Dua tiga hari ni hedline sokkabar asik cerita bola Malaysia. Pasukan hebat. Era kebangkitan bolasepak Malaysia. Generasi emas. Ganjaran menanti bolasepak. Kabinet setuju tubuh tabung bola sepak. Dafi mahu kikis imej anak emak. Eh..eh...

Pagi ni paling aneh.
Balik keje tadi gua on redio. Apa jadah kat ERA bulih sembang pasal bola pagi2? Setau gua Pak Jenil tu sangat anti sama sukan. Nak2 bola. Ari ni bulih pula pung pang pung pang pasal bola. Sedap2 sorak kabor Malaysia bulih menang. Si Din lagi la. Cakap loghat Vietnam. Kecoh. Biasa2 dah la.

Gua tukar cenel. "Ibu2 bapak2 siapa yang punya anak bilang aku, aku yang tengah malu sama teman2 ku kerna cuma diriku, yang tak laku2..." kepala gua membanging lembut ikut irama. Redio Suria. Abih lagu, dia buka topik pagi2. Bola juga. Ajak orang ramai sapot pasukan bola. Ada sorang pemanggil telepun. Bersorak macam histeria. Kecoh. Biasa2 dah la.

Gua tukar cenel lagi. "Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyarankan para majikan memberi pelepasan kepada pekerja untuk pulang awal harini bagi menonton perlawanan akhir bolasepak sukan SEA menentang Vietnam. Ataupun menyediakan televisyen di pejabat untuk kemudahan pekerja" Faufau. HotFM. Ya tuhan. Apa jadah nya sampai naik ke menteri pulak ni. Tak silap gua tiwitiga pun ada wat siaran langsung petang karang. Siap seponser skrin besar kat mamak mana ntah. Kecoh. Biasa2 dah la.

Last2 gua tukar cenel Abang Jem. Layan lagu Mat Salih.
Bukan apa. Gua rasa macam kat Brunei dah. Tak pun Timor Leste. Jankun tak ingat! Gua dulu sempat juga laa rasa Malaysia ada pasukan hebat main bola. Time seri dengan Arab Saudi dulu gua sempat tengok. Time menang pingat emas 1989 dulu gua ponteng sekolah pegi tengok. Kat tiwi. Memang riak rasa dia. Bangga woh jadi King kat Asean. Lepas gua masuk sekolah menengah baru laa agak tak berapa cakna hal2 bola. Sampai laa jadi pasukan barai macam sekarang. Tapi nampak macam dah nak naik balik hari ni molek la. Walaupun gua ada jersi Jerman dengan MU je, Malaysia tetap gua sokong. Sapot tu sapot juga. Gua ada juga stendby nak kecewa ni. Dah banyak kali gua kena sama Hafiz Hashim. Main bedminten macam Arip! Tak penah nak champion.

Ni kalu memang bulih laa FAM bidas balik. Kalu tak, agak2 Presiden nak undur tak?
Kat fesbuk dah keluar grup 'Persiden FAM Sila Letak Jawatan!!!!'. Mamat mana yang buat ntah. Siap2 mohon sembah derhaka dah. Nak buat demonstrasi macam Hindraf. Gua dah join. Niat suka2 je. Kena igap kalu gua remove laju2.



Apa2 pun gua harap Azman Adnan skor hetrik malam karang!

15 comments:

  1. AZMAN ADNAN?
    hahahahahaha...siyes xbleh blah!!!!!
    nmpk sgt xfollow lgsg...

    ReplyDelete
  2. azman adnan dah menari skrg bro. takde dah nak maen bola.

    ReplyDelete
  3. doakan je dia org menang, dpt emas.
    dpt silver sudah pasti

    ReplyDelete
  4. Apa alasan paling best buat nak balik awal petang ni ek?

    ReplyDelete
  5. main macam budak2. itu yang dikecoh2. sakit jiwa aku tengok.

    azman adnan dah tak keras, sejak menari itu hari. harhar~

    ReplyDelete
  6. confirm mamak hakim kt shah alam malam ni penuh ngan umat manusia, bukan nak tgk bola, nak serbu fafau & dj2 era yg lain..wahaha..

    * wa dah kerja la paiseh, kat kl, weekend je kat fradoo..wihihi..fradoo totap dihatiku

    ReplyDelete
  7. azman adnan dah main bola lain leeeee... hahaha...

    :P

    ReplyDelete
  8. apehal plak nama aku naik ni...tapi...terima kasih la kerana mengiktiraf permainan aku selevel hafiz hashim (level world la tu)...walaupnu sayur di dunia tapi di wangsa maju juara

    ReplyDelete
  9. sian paiseh x laku2....

    ReplyDelete
  10. lily - gua folow sejarah lebih~

    cikot - tu bkn dia tengah warming up ke..?

    rozita - amin. doa kita dipekenan~

    zara - itu tahun gua skolah menegah. zaman2 akhir semi pro.

    hidemichi - x payah kut. mmg boss lu kasi kn..?

    ateeka - kasi tegur laa.. jangan kutuk~

    erina - ahh.. dengki laa tu lupunya gerai xde org. hahahaa!!

    tasekM - haa..!! melucah kah.??

    arip - gua tak penah dgr plak skangorg duk puji2 mamat tu.. kutuk byk la. lu nak jugak ke..??

    armouris - terima kasih~

    nabil - ada laa.. seken haf~

    bias - jangan buat mcm tu. tak senonoh. mcm gadis2 blonde joget2 tepi padang~

    nani - nak kena lempang?

    anon - silap kategori komeng lu ni. kasi betulkn. nnti gua rait~

    ReplyDelete
  11. ah..
    ade je ayat tu dlm entry lu..
    kire x salah komeng dh la

    ReplyDelete