Satu petang tengah sedap2 gua mandu sambil hangguk2 pale layan lagu 'Sayang..mengapa buat begini.. di saat rindu merah menyala...', lampu minyak menyala. "Berhenti jap yang. Nak minum." hati gua dengar Cik Sona berbisik.
200 meter ke depan gua terus masuk satu stesen minyak Kerang Kuning. Tengah2 isi minyak ada sorang brader keje kat situ mari dekat nak bermesra sama gua.
"Kereta Ferrari bang... lapan ringgit sembilan ploh sen je. Promosi ni bang..." mati2 gua ingat Bangladeshian. Warna kulit dan dressing saling tak tumpah. Kata bahasa buku.
Mesra abah lu macam ni! Gua geleng pale. Gua memang tak into mana benda2 gini. Helah kapitalis orang meniaga semata2.
Tanpa putus asa, dia pegi depan kete.
"Ni wiper dah haus ni bang. Nanti rosak cermin ni..." kata dia concern sambil suka2 hati cabut benda tu tala kat gua.
Gua perati. Memang nampak kotor. Macam buruk. Belum hantar dobi time tu.
"Kita ada jual bang. RM pat ploh lima je bang. Harga biasa lapan ploh. Ni yang silikon punya bang. Bagus. Tahan lama."
Banyak potong tu. Mana lagi mau cari.
"Err... kurang lagi tak bleh?" gua dah kena hasut.
"Alaa.. ni dah promosi bang. Kalu biasa memang kita tak jual." berseri2 muka.
Gua belek wallet hitam. Empat not lima puloh bahagian sewa umah je yang tinggal. Baru ingat, tadi gua bayar minyak pun pakai koin nak kasi cukup seploh hengget.
"Takpe laa. Lain kali je la." gua kasi ekskius paling hormat. Dalam pada tu tergerak juga nak pakai dulu duit sewa. Gile...boros macam Kerajaan Malaysia.
Usai proses isi petrol, gua teruskan perjalanan ke merayau. 200 meter ke depan gua rasa lain macam. Duk mari rasa ada je benda tak kena. Gua tengok rodtax.
Ish..! Takleh jadi ni.
Dengan ekstrim gua buat pusingan yu balik ke stesen minyak. Dari jauh gua cam mamat tadi duk bertenggek kat tepi pam. Gua langgar dengan halaju kebangsaan. Gua ambik wayar pam jerut kat leher sampai terkencing. Plat kete gua cabut kasi dia telan sampai berkotak perut. Tak cukup tu, gua kasi dia minum diesel.
Ahh..! Apa gila gua nak buat jenayah berat lagu tu?
Mustahil sunggoh wiper Cik Sona gua yang umur baru tiga bulan time tu dah rosak.
Tak agak langsung nak menipu.
sebuah metode pembacaan teks ditunjukkan bahawa dalam setiap teks selalu hadir anggapan-anggapan yang dianggap absolut padahal setiap anggapan selalu kontekstual dan anggapan selalu hadir sebagai konstruksi sosial yang menyejarah
May 29, 2009
May 28, 2009
Hari Ni Gua Berhartal
Hari ni gua berhartal daripada berita2 sukan.
ESPN Soccernet, Goal.com, ESPN Star, Star Sports, Sun Sports, Harian Sukan, Utusan Sukan, Arena Metro, Sukan Kosmo, Sports Center, Arena Sukan, Segmen Sukan Buletin Utama, Final Score, Sukan Cyber... dan lain2... sume gua tak baca.
Gua layan Malaysiakini dengan HarakahDaily je.
Kadang2 MalaysiaToday. Tranungkite.net pun ok juga.
Hal ehwal semasa lebih penting.
*sape sembang bola ngan gua hari ni, gua lempang sampai amerika.

May 27, 2009
Aku Dan Kamu Clumsy
Ahh.. cakap banyak pun tak guna.
Mari khayal bersama Kugiran Sumpah dari Villa Wangsa Melawati.
Dua EP saja sempat direkod. Dah jadi artis, pandai pulak budak2 ni letak hukum punctual belakang2. Tu pun nasib baik gua kasi bubuh lutut kat batang hidung sekor2 baru bulih stat. Tam Spider pun tak macam ni gua syak.
Nikmati gorengan champion dari Chezz Si Barber
Nak tengok gua sangat?? Hambik!
Hantu gua bagi. hahahahahaa...!!

May 26, 2009
Siri Berkecek Dengan Mat Klate
Gua : Mat. Bakpe orang Kelate suka beranak ramai?
Mat Klate : Sebab Kelate ado kete api. Ganu takdop. Tu yang tak bape jadi tuh.
Gua : Gilo! Apa kaitan ngan kete api pulak nye??
Mat Klate : Ha.. tu laa mu tak tau. Kate api tiap2 malam duk melintas. Dah bising tu gak, terjaga la. Hok pesen takleh tido tu gapo lagi...
Gua : Ooo... make sense juga...
May 25, 2009
Gua Tak Boleh Buat Cereka Panjang2. Blogspot Dah Macam Tak Sporting Je Dua Tiga Ari Ni.
aloy_paradoks said...
famia said... hehe. riak lu ni eh.
cuba jawab.
1. Apa yang ade dekat Rumah tapi takde dekat Ayah?
YobSumO said...
famia said... hehe. riak lu ni eh.
cuba jawab.
1. Apa yang ade dekat Rumah tapi takde dekat Ayah?
YobSumO said...
-
aku pn nak kasi gak... dalam byk2 bulu, bulu ape plg suci?
....................................................
Mintak tolong kerjasama sekelian makhluk tuhan paling blogger jawab.
Dan dilarang mencarut.
Marilah berkongsi kesusahan.
*entry kurang kerajinan. heh!!
Dan dilarang mencarut.
Marilah berkongsi kesusahan.
*entry kurang kerajinan. heh!!
May 22, 2009
Nasib Baik Ada Auto-Simpan, Kalu Tak Takde La Entry Semalam
Blackout 2 saat malam semalam. "What happen??" soal Paiseh kat gua. Tanya diri sendiri takkan selesai masalah. Gua turun bawah. Si Singular tengah memadu kasih jarak jauh kat parkir. Gua perati keliling. Satu dua rumah je masih berlampu. Termasuk LANGSAM. Yang lain sume kena makan dek blackout.
"Pehal weyh??" gua tanya Singular yang dah panas telinga.
"Ntah. Blackout. Ada dua tiga rumah je tak kena." cemas lagak dia. Padahal takde mende pun. Gua ushar kiri-kanan. Mana tau ada makwe2 nak tumpang baca suratkhabar ke. Tengok ulangan Konsert AF ke.
"Tu..lampu merah ada lagi tu. Lampu tuhan." gua muncung kat umah jiran Tiong Hua kat endlot. Rumah dah gelap macam Zambry. Lampu tempat penyembahan tak efek pulak.
"Nak kena tukar agama la ni??" Singular bagi lawak akidah. Cilakak!!
Eh...! Apa kaitan?
...................................................
Saje nak tayang.
Abah dia belum bubuh nama. Gua tak tau nak panggil apa.
Umur seminggu. Semalam baru sempat jumpa.
Anak buah gua nombor tiga.
May 21, 2009
Kadang2 Mesin Kira Pun Buat Salah Juga
Tengah gua godek2 intenet cari resepi Tom Yam Pok Tek Abang Kubur, si Prosper masuk menceroboh.
"Nah.." satu kotak putih-les-biru dilempar kat gua. Tanpa gua pesan dia beli. Baguh budak ni. Nak bodek royalti la tu. Gua kan Pengurus Pemasaran dia punya kugiran. Tapi gua bukan orang politik nak into scene rasuah2 ni. Wallet hitam kempis atas meja kosmetik gua ambik. Not plastik kaler hijau gua hulur.
"Keep de change..." gua try bertutur loghat Eropah. Minggu depan nak gi Rom. Final Piala Juara2.
"Hahahahaa.. aku dah tau. Sebab tu aku beli. Aku dah kire total costing..bla..bla..expenses..bla..opportunity cost..bla..bla..surplus..bla..bla.. explicit content..bla..bla.." berdekah2 dia ambik sambil masuk beradu. Pemetik api atas meja kompiter tiba2 ghaib. Bajet gua tak tau la tu.
"Cilakak!! Lekat lagi unsur2 audit. Kuat main politik kau sial..." gua sound slow2. Prihatin kat jiran sebelah. Tangan sambung kerja menggodek. Spekar gua kuatkan semula. Lagu 'Johor Bharu kita bergerak..bergerak..bergerak..!!'. Gua ikut bergerak-geri sorang2.
Tiba2 gua rasa ralat. Ada tak kena dalam pale otak. Macam salah jawab soklan Matematik Moden SPM Kertas 1. Gua tenung siling. Kipas pusing. Lampu menyala. Sawang melambai2.
Gua tengok kat kotak putih-les-biru tadi.
RM5.50 tertempek kat depan.
O.
Prosper memang auditor pencen. heh!!
...............................................................
Kugiran 'Kita Berjupe Selepah Ining' dalam proses menghasilkan EP yang ke-seterusnya.
Tukang ketik gitar baru dah masuk trening. Gua dah sediakan skedul prektis doblas jam sehari. Makan minum pun gua kontrol. Takut jadi lagi tragedi cirit kat setudio. Tukang petik yang asal mungkin sibuk. Hal rumahtangga barangkali.
Lagu2 yang akan dirakamkan secara outsource :
1. ___________________________
2. ___________________________
3. ___________________________
4. ___________________________
5. ___________________________
6. ___________________________
7. ___________________________
8. ___________________________
Bulih isi sendiri. Satu sorang je.
Lebih kalu gua lempang sampai Hong Kong.
Amacam??
User-frendly kan gua punya kugiran??

May 19, 2009
Ditarik Dia Menanduk, Diiring Dia Menyepak
Satu petang di zaman gelap gua menganggur kat kampung, gua duk perati adik gua yang darjah tiga buat kerja sekolah. Ilmu hisab. "Mende la petang2 buat keje skolah. Bola kat pangkal pokok pisang tak bersepak. Bila bolasepak Mesia nak maju?" blues syaitan berbisik. Gua gi dekat.
"Ni 26 + 64 ni jawapan dia mende??" gua memang sangat siriyes dengan budak bab2 pendidikan ni. Memang takleh kasi muka langsung. Gua dulu kalu bulih nombor dua pun dah ketar lutut nak balik rumah. Ni kalu top 20 tu selamba suruh mak dia sain. "Duk sekelas ngan anak cekgu..." mak dia bekap. Kadang2 gua mari panas juga. Tapi abah gua cool je...apehal gua yang nak lebih2 dak??
Adik gua kira dalam bentuk lazim. Kalkulater gua pegang awal2. Patut laa budak2 skang lambat cerdik. Salahguna teknologi berleluasa.
"Semilang puloh..!!" kompiden dia jawab. Tu pun kat dua menit.
"Hmm.. Kalu ada jawapan lain?"
Terkebil2 dia kejap. Ambik buku conteng. Kira balik. Masih dalam bentuk lazim.
"...erk..semilang puloh laa.." jawab dia dalam sengih2 takut.
"Tu jawapan tadi. Kalu jawapan lain??" Pekk!! Gua kasi jentik kat telinga satu kali.
Garuk2 pale. Kire lagi. Pakai jari pulak. Satu-satu dia kira sampai habis jari.
"Mmmm.. mana ada jawapan lain dah. Semilang puloh laa..." slow dia jawab. Tangan duk tutup telinga. Culas kemain budak2 skang.
Gua kasi cekik belakang leher kuat2.
Papp..!! Gua karate lagi satu kali.
"Dah... ape jawapan dia...?" tanya dia sambil urut2 leher. Jangan bimbang. Adik2 gua gagah perkasa. Macam gua.
"Kalu ada jawapan lain, salah laa..." gua gelak kuat2 sambil cargas ke dapur. Kuih cengkodok dengan teh'o dah tak sabar nak ke perut.
...........................................................
EP kedua Kumpulan 'Kite Berjupe Selepah Ining' sudah di pasaran Youtube.
Sedikit ulasan dari penerbit...
"Video kedua kumpulan 'Kita Berjupe Selepah Ining.' Dari Villa Wangsa Melawati. Hasil bimbingan Abang Paiseh Dekonstruksi, Kumpulan 'Kite Berjupe Selepah Ining' terus mengukir mercu kejayaan dengan menyelamatkan alam sekitar sambil menyuntuk bahan-bahan terbuang ke dlm elemen musikal yg dicipta. Terimalah kami seadanya.... "
Klik kat situ sambil buat standing oviation.
Kalu bulih buat Mexican Wave lagi baguh.
May 18, 2009
Eksklusif Gile Labi..!!!
Gua sampai rumah dari opis dalam kondisi mini-lenjan gara2 hujan tengah2 malam. Si Singular tengah cakap sorang2 di parkir. Gilo apo?? O. Pakai tangan-percuma. Gayut. Dengan awek Sabahan gua syak. Rutin dia. Walaupun restu keluarga masih 50-50.
"Wei.. buat macam Koq. Video."
Gua bukak helmet. Kasi kompom ada perbualan dengan gua. Dah banyak kali gua nak menyahut time mcmtu. Tapi blom ada scene malukan diri sendiri. Waspada. Kali ni kompom.
"Koq?? Video mende??"
"Naik atas laa.. Dah recording tadi." tangan garuk2 celah kangkang.
Scene ai-u bersambung...
Jaket Givi gua gantung bawah tangga. Naik bilik laju2.
FahrinSamat tengah huha-huha dengan Prosper.
Cilakak!!
Sah. Dah terpengaruh ngan Koq&Akbar.
Tapi dengan personaliti tersendiri.
Video LANGSAM pertama di Youtube.
Kalau sampai lima ratus ribu view akan dipublish lagi.
"Babi ah...ada laa nanti syarikat rakaman cari aku pasni." momok FahrinSamat dengan hidung kembang 2 rebung.

May 17, 2009
Lagi Scene Pen'tag'an Dari Mek Tipah
1. Letakkan gambo profile anda.
2. Terangkan maksud apa gambar itu.
Takde maknenye aih... Hanya comel. Montel2 gitu sebijik macam gua bayi2 dulu. hahahahaa..!! Tapi hidung gua takde la macam muncong senapang gitu. Gua punya mancung weyh. Macam stepler.
3. Kenapa pilih gambo tu?
Sebab gua nak main misteri2. Gambo gua dah banyak kat internet nih. Orang kata bahaya juga kalu wajah tampan duk merata2. Mana tau ada yang pesen jahat nak kasi muka gua superimpose ngan Rozita Che Wan. Kang ada yang dengki gua jugak yang kena santau. Mintak jauh weyh! Yang jumpa gua kat fesbuk tu mana lu cari aaa??
4. Tag 5 lagi blogger!
Gua nak jariah kat sape2 yang ada hedshot muka pelik berabjad J... Lu sporting lu jawab. heh!!
- jo
- jard
- jane doe
- jirahmahadzir
- juen ajila
*apehal yang ni beranimasi plak ek?? hmm...

May 15, 2009
Tribute To Cekgu Cekgi... Gua Tabik!!!
Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin, Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita, Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama
Membantu, membina, Negara yang tercinta
Amanah yang diberi, Kami tak persiakan
Apa yang kami janji, Tunai tetapkan kami tunaikan
..........................................................
Tiap2 tahun hari namblas Mei, atmosfera kat sekolah gua dulu jadi lain macam. Kelas tak berapa nak ada. Cekgu2 warden bulih huhahuha ngan budak2 nakal yang dah acap kali rasa tapak tangan dia kat muka. Cekgu disiplin jadi tak berapa nak disiplin. Pengetua jadi macam pak mertua.
Belah pagi ada perhimpunan khas. Ketua pengawas bagi ucapan bunga2 bodek cekgu. Cekgu2 kena nyanyi lagu kat atas. Budak2 kat bawah buat bahan tengok cekgu nyanyi semangat gile. Poyo. Pastu ada sesi bersalam dan bagi bunga kat cekgu. Bunga telur je. Sape tak bawak bunga kena potong markah dimerit. Ada budak yang dari Kolumpo bawak bunga hidup dengan hidung kembang2 berlagak. Ada juga yang pesen gedik2 siap bagi surat kat cekgu2 hensem. Tapi gua rasa cekgu skolah gua takde la kacak mana time tu. Kalu ada pun dah kawin dengan cekgu skolah gua jugak. Apa gila punya approach.
Lepas perhimpunan ada macam2 pogrem. Pertandingan laa konon2. Cekgu lawan cekgu. Ada juga cekgu lawan budak. Buat teh tarik. Roti canai. Kukur kelapa. Main2 tepung. Macam sukaneka hari keluarga pun ada. Ada juga satu tahun tu buat lawan sukan. Masa tu laa budak2 balas dendam cara hormat. Kalau main bola tu kaw2 dia kasi tekel kat cekgu. Scene sepak bola cara sengaja ke muka cekgu banyak kali bulih tengok. "Kadang2 cekgu2 pun kena diajar jugak." kata Johardi, penyerang sekolah. Tapi cekgu tak marah. Memang sporting habis puak2 cekgu hari tu. Sengih sampai sekben sorang2.
Gua tak berapa nak campur babak2 bodek gini.
Gua duduk diam2 dalam perpustakaan. Study.
(hahahahahhahaaa...poyo!!)
Selamat Hari Guru untuk cekgu2 SMSD 1998.
Ustaz Kimia. Cekgu Sahak. Cekgu Loh Mang. Crab. Zaidi. Cekgu Syed Azmi. Ustaz Romli. Cekgu Hamdani. Cekgu Suraya. Cekgu Fauzi. Cekgu...ahh.. gua lupa dah! Sume2 lah!!!
Juga lekcerer2 yang penah rait assignment dan kertas ujian gua.
Terima kasih sebab jadikan gua seorang orang bekerjaya dan kacak sekarang.
*cekgu Hassan juga.heh!!
May 14, 2009
Entry Amarah
~Dalam rentak marah gile babi.
Dari dulu gua dah meluat tahap kubur dengan lu. Lu memang celaka macam neraka.
Ada post kat MP tadi. Gua try tengok. Terus ke belog celaka lu. Memang pesen haram punya manusia.
Lu kabor taknak campur politik. Hiburan tu dunia lu sampai kiamat. Ni apesal lu kecoh2 hal Perak plak? Cukup la lu buat rancangan hanjeng kat tiwi tu. Kalu ada promo pun gua laju2 tukar cenel. Macam babi lu punya karya!!
A'ah. Gua memang nak bertumbok. Gua nak tumbok2 tulang rusuk lu pakai lesung batu. Pale lu gua takuk serong pakai kapak cap buaya. Otak lu gua kasi makan komodo.
Lu mampus awal2 lagi baik la daripada wat dosa tahap kontena lagu nih. Gua pun hari2 dosa duk ngumpat lu dalam ati. Gua tau kalu cakap depan2 pun lu buat tak dengar. Lu kan pekak babi!
Gua memang cenderung untuk bergaduh 3-4 ari nih.
3 kali tiap-tiap hari selepas makan.
Ada nak lawan??
Mari laaa...! Gua tunggu kat Arena!

Gua memang tak taruk direct link.
Tak nak subahat.
.........................
~Dalam rentak suka suki.Tak nak subahat.
.........................
Gua memang cenderung untuk bergaduh 3-4 ari nih.
3 kali tiap-tiap hari selepas makan.
Ada nak lawan??
Mari laaa...! Gua tunggu kat Arena!
Subscribe to:
Posts (Atom)

banyak banyak ikan,,, ikan ape yang hantu takut...?