March 31, 2009

Dari Batu Jemala Singular




"Nak kawin, kalu tak mampu, sabar la dulu.
Kalu tak tahan nafsu, puasa.
Malam, berbuka la."




March 29, 2009

Cebar (CErita bergamBAR)

Skill penulisan gua belum mari. Gua dah tak reti nak tulih panjang2. Gua pun malas nak baca spesis entry lima ribu dua ratus patah perkataan neh. Sebab tu gua suka tasikmerah jadi KG.hahahahaa...!!


....................................................

Hari2 kat Penang sempena kejadian konvokasi adik wanita gua nombor satu. Yang pergi cuma abah, adik wanita gua nombor tiga dan gua sebagai drebar gagah merangkap orang kamera sepenuh masa.



24/03/2009



2:30pm - Ketibaan. Lunch kat Pelita Nasi Kandar
Abah : Mana kandar nye??
AW3 : Bulih tambah lagi tak? Kang aku makan tangan aku ni kang...



4:30pm - Check in hotel
Gua : Uuhhhh...! Gile sedap landing. Takyah gi la konvo esok abah eh.
Abah : Krohh..zzzzz...krohhh...zzzzzzz...



7:00pm - Pelancongan di Bukit Bendera
AW1 : Aku dulu jalan kaki gini je gi atas nu...
Abah : Bile nak naik nye?? Dah namploh round duk pusing sini ni..
AW3 : Kena wat senaman ringan tak nak naik bukit??



8:00pm - Atas bukit dikala hujan
AW1 : Mari la abah. Bukan senang nak main ujan atas bukit.
Abah : Comel jugak mangga ni.
AW3 : Kesian mu. Jadi gini deh duk jauh2...



8:15pm - Sesi sekodeng
Gua : Eh! Macam Incik Ecece. Wat nape celah2 lorong tu. Cilakak tak ajak! Ish.. bapuk ke?? Astaghfirullah...



9:30pm - Berpasembur di Padang Kota
AW1 : Makan pasembur kena sembur2 bah..
Abah : Ishh..! Kerang bakar ke arang bakar nih??
AW3 : Nak makan kena wat senaman tangan gak kan??
Gua : Cepat la perabih weh. Ngantok gile nih!!



11:00pm - Sesi percubaan
Gua : ____________________________________________
*fill in the blanks with proper words.



25/03/2009



8:05am - Siap siaga masuk dewan
Abah : Ambik gambo molek2. Anak ambe yang paling bulih harap nih..
AW1 : Adeh deh deh.. bulu mata nak tecabut..
Mak Andam 1 : Kat sini kasi staple keliling kepala.
Mak Andam 2 : Ubat staple abis la. Paku tekan bulih tak??



12:00pm - Penggambaran
Gua : Lawa pulak batik kontemporari. Kena molek dengan body solid nih.
AW3 : Berat la pulok bunga nih.
Abah : Cih. Pegang fail je? Bunga ambe mana nye??
AW1 : Mmm..mm.mm..mmm..(takut lipstik rusak)



1:00pm - Lunch di Kayu Nasi Kandar

AW1 : Ayam2 ni saya ambik. Awak perabih nasik tu. Tak baik membazir.
HO : Papan dam ni tak mau?? Ambik laa.. ambik laa..




8:30pm - Dinner di Hentian Guar Tempurong

AW1 : Haa! Ayam tu jangan ambik. Mu makan sudu tu dah.
AW3 : Erk.. Nak makan sudu kena senaman gini tak??






*Gua tau 8:30pm tadi kena tutup lampu. Maaf dunia. Gua tak buat. Gilo apo nak padam lampu kete tengah2 hiway!

March 27, 2009

Sesape Yang Nak Sedekah Yasin Kat Gua Tu Harap Tunggu

Gile ah!! Mana nak stat nih..??

Eksotika kampung?? Fradoo?? Penang trip?? Konvokasi?? Balik kampung?? Thaqifah?? Jeruk?? Lori Terbalik?? Semut dalam kasut?? Frame dalam but?? Jambatan tak siap?? Ambik lap 110km/j??

Arghhh!!!

Pening2...





O.
Lebih afdal gua buat tribute to Tok Mulu Villa Wangsa Melawati in conjunction with Majlis Pertunangan Di Kampung Pengkalan Setar, Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu tanggal 21 Mac 2009 aritu.
Dengan rasminya gua nak mintak mahap sebab tak sempat nak hambat masa untuk hadir meramaikan rombongan dari Taiping atas hal2 kebingungan dan penyahidratan neuron2 gagah dalam edrenalin. Akibatnya gua gerak balik kampung jam 10 pagi Sabtu dengan harapan Cik Sona mencipta keajaiban sampai ke Kuala Terengganu jam 11. Tapi gua bukan nabi nak ada mukjizat. Sori bro.

Daripada nukilan2 sahabat handai di sini, sini, sini dan sini, gua sediakan jugak seketul pantun untuk lu.

Dari Taiping Savvy menyerang
Di Padang Midin teratak singgahan
Dulu duk kutuk negeri gua ngan Asang
Skang ni jadilah lu Terengganuan





Senyuman lega seorang bakal menantu yang tidak kantoi
akan karier beliau sebagai seorang
Abdul-Razak-Baginda-dalam-pembikinan.




....................




Nam hari ni gua sangat sibuk. Travelling.
Meter Cik Sona pun kejap je dah abis dua ribu. Sok lusa kena jalan jauh lagi.

Esok lusa gua citer.





Amacam? Bulih agak gua pegi mana??
(nak marah2 lu hentam kameraman)




March 20, 2009

Kesian Cik Sona

Dua tiga hari ni gua pakai Incik Igo je gi kerja. Cik Sona gua park bawah pokok hujung lorong.

Sebelum pegi kerja tadi gua jengok Cik Sona. Penuh daun2 kering atas body solid beliau. Kesian. Gua tengok keliling banyak daun2 kering duk tersusun rapi birai2 jalan. "Orang blow sampah kut. Cantek ni!"

Gua stat Cik Sona. Dari dalam kete gua tengok sorang brader galas mesin jalan keluar dari Lorong 3. Mesin masih hidup. Gegas gua keluar.

"Bang... tolong skit bang."

"Aaa....."

Lepas perati betul2 yang dia duk pegang, gua masuk balik laju2.

Brader tadi sengih2 tengok gua sambil teruskan aktiviti beliau mesin rumput.










*gua balik kampung 2 3 hari. rindu?? sepak kang!!

March 19, 2009

Kem Motivasi Buat Gua Jadi Basi

Masa tingkatan pat, gua penah kena anto kem motivasi Biro Tata Negara kat Pasir Puteh Kelate. Mula2 tau tu teruja kemahen sebab cekgu Ruzila kabor insan2 terpilih je yang skolah anto. Jauh pulak tu! Paling jauh gua penah pegi pun rombongan skolah kat Kuantan. Best ni bulih jalan jauh2. Skali gua tengok list nama, sume 'sek2 megang' yang pegi. Ayam. Bewok. Bijan. Mat Jen. Mat Gang. Bohah. Blu. Cipen (nama manja kami memang pesen unik). Dan lain2 rakan2 dalam kategori gedebe kat skolah. Hapejadah! Gua gile2 skema punye pesen. Tak penah smayang dalam dorm. Tak penah potong barisan kat dewan makan. Akademik gua pun xde la huduh sangat - kelas cerdik nombor dua. Lompat pagar? Tembok skolah pun gua tak penah sentuh weyh! Tapi gua pikir2 balik, mana lagi nak bulih pakej ponteng skolah cara rasmi gini. Gua follow...

Sampai kat kem, gua jadi auto-pelik. Dia punya ceruk, antu setan pun tak berani nak bertendang apa lagi nak sepak terajang. Gua tengok kiri kanan depan belakang penuh semak belukar pokok getah. "Majunya industri getah kat sini." gua try tukor topik. Wat sedap ati. Ada lagi 2 3 bas skolah lain yang juin. Gua tengok muka sorang2 pun dah tau memang pesen hadkor punye juvana. Mana pintu bas masuk tadi gua tak tau. Yang gua buleh nampak ada hostel stended2 bangsal ngan kolam kat depan surau. Dah macam telaga buruk pun ada gua syak. Air hitam. Keladak melimpah. Swamp thing pun serender nak wat habitat. Cuma teratai-layu-di-tasik-madu yang bagi molek sikit mata memandang.

3 hari duk ber'kem' buat gua punye daya motivasi makin susut. Tak ilmiah langsung! Pung-pang-pung-pang duk asik kata kerajaan baguh. PM bagus. Wawasan 2020. Pembangunan. Nyanyi2. Heng sana. Heng sini. Pundek ah!! Yang gua bulih into sket tang aktiviti luar. Takde la sukan sangat. Alaa.. yang dalam kumpulan 7 8 orang tu. Sebab kumpulan gua ada gadis2 skolah lain yang manis2. Bulih jugak tersembang2. Terkenal2an. Teramah2 mesra. Terpegang2.hahahahahaaaa...!!

Biasa la. Kalu kat kem tu pukul 5 dah kena siap2 ada kat surau. Mengaji. Kuliah subuh. Hari last, lepas kuliah siap2 nak bekpes, sume kena panggil. Panggilan tergempar - kata ketua fasi. Gua dengor2 budak2 ngumpat kat bilik kata dia ni bekas komando. Biasa makan biawak. Gua tak heran langsung. "Lu makan benda haram apekes??" gua kerek sorang2. Kena berhimpun depan surau. Dengan lagak bekeng dia kabor selipar penceramah hilang. Cilakak!! Babun mana pulak buat kes. Perut gua dah ketuk keriuk lapo. Kena pulak jadi tunggul ngadap suria pagi. Sejam duk senang diri (senang celah mana?) takde jugak lahanat nak mengaku. Lutut gua dah vibrate. Fasi komando datang balik. Gua dah pasrah je nak serah pipi mungil gua. Tapi bukan penampor dia nak hulur. Dia bagi azab pesen lain.

Pagi tu sume budak laki kena rendam dalam kolam puaka secara berjemaah sampai tengahari.




















Sampai skang gua rasa nak bagi penyepak summersault kat setan yang curi selipar tukang ceramah. Tak hormat orang tua satu kes. Gua yang perangai sedap2 buat menantu ni kena seret sekali dalam kancah juvana apehal??

March 18, 2009

Scene Pembapukan Memang Buat Gua Rasa Nak Terajang Orang

Sedamai taman firdausi, Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi, Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya, Keluarga yang bahagia
Itulah idaman, Impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang



Tau lagu apa nih? Lagu nasyid.


Gua penah duduk dalam alam sekitar yang tahap kerohanian sangat tinggi sikit masa dulu. Irama2 nasyid kontemporari memang hari2 menembak telinga. Zaman nasyid budak2 U. In-Team. Braders. Mirwana. Solehah (yang ni gua siap tempek poster kat loker. hak!hak!hak!hak!) UNIC. 4U2C. Tu je gua ingat.


Yang gua nak kabor kumpulan yang nyanyi lagu atas tu. "Keluarga bahgiaaaaa...." - Kumpulan Saujana. Ni kumpulan nasyid kontemporari remaja2 menara gading gak la. Ada yang gua slalu nampak beli teh ais kat kafe. "Eleh.. artis pun tapau teh ais ke?" gua mengumpat sorang2.

Tapi yang gua nak kabor ni bukan yang skolah kat tempat gua. Ni dia punye lead la bulih kata. Gua tak tau sangat. Gua baca tadi je baru tau. Nama dia Khairul Idzwan. Skang dah abih blajar. Jadi dokter kut. Sebab nama dia ada Dr. kat depan. Yang gua tak puas ati skang ni dia ada audition OIAM. Gua bukan into sangat pogrem2 huha-huha gini. Tapi gua memang tak puas ati.


Bukan reti gua nak beleber panjang2.
Gua carut2 kang tak hensem plak.

Tapi gua memang marah!


Kecik2 lu nasyid bawah pokok,
Besar2 apesal lu jadi bapuk??




Walaupun hidup seribu tahun, kalu perangai setan apa gunanya...










March 16, 2009

Jawapannye...

Amacam? Merah tak buaya kat umah gua?


Gua dah kabor.
Jawapan dah bocor. Sila ke Prosper untuk kisah lanjut.
Ya. Beliau la akan makan pinang tak lama lagi.
Jangan ada yang patah hati.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Gua pun tengah tunggu.
Bila laa nak sampai. haih...


Teka Teki Jawapan Bocor



Dalam banyak - banyak buaya, buaya ape berwarna Merah?





Klu : Jawapan ada pada bakal-tunangan-orang-ujung-minggu-ni.


March 15, 2009

Ingat Gua Tak Berani???

1. Anda dikehendaki mengambil 3 pic di bahagian muka..
2. Pastikan dicrop..
3. Setiap 1 pic hanya boleh menampakkan 1 @ 2 anggota sahaja..
4. Huraikan sedikit tentang pic itu.
5. Tag sape jer asal lebih 5 org..




Gua kena tocer.
Ada ke si jane doe ngan acece suh buat TAG taruk wajah-kesayangan-hamba.
Uhh.. Gua dah debor2 ni nak buat. Cilakak!
!









Rajah 1 menunjukkan mata gua yang masih sihat walafiat. Tak penah kena ketumbit sebab gua tak penah turut serta akitviti sekodeng. Mata ni degil. Tiap2 malam, gua pejam2 dia celik. Pagi2, gua nak pegi bilek ayer dia taknak bukak pulak. Mata ni jugak dah lama tak keluarkan air secara cucuran. Kata laki dak!






Rajah 2 menunjukkan hidung gua. Gua suka hidung. Banyak masa lapang kami habiskan bersama. Jari2 gua suka main dalam lubang2 tu. Time selsema, hidung ni berjaya buat gua jadi Irwansyah.






Rajah 3 pula adalah bibir, gigi dan sedikit dagu gua. Orang kata kalu kuat isap rokok bibir jadi itam. Nyata takde bukti yang gua perokok tegar. Gigi yang sedikit kuning menunjukkan tahap kegagahan gigi gua adalah normal. Tiada osteoprosis. Abaikan peluh di dagu sebab kondisi gua lepas joging.




........................




Amacam??
Harap tukang2 tag puas ati deh!
Gua dah ikut arahan je. 3 pic di bahagian muka.

Licik tak gua?
hahahahahahahaaa....!!!









Oh.. gua senang hati.
Tak mau wasiat kat sesape.
Aaa..? Ada volunteer?? Sila buat... jangan malu2.

March 14, 2009

Gua Sokong Benar Kalu Ada Usul Memolekkan Nama Tempat Di Malaysia

Truuut..!Truutt..! (sumpah tak sedap langsung bunyi nada dering telepun opis gua)



Hamka : Hello. NOC.

Gua : Hello. Ya Ka.


Hamka : Ko telepun Pooniah suruh dia pegi...


Gua : A'ah. Tadi baru dia call. Dia dah pegi Bukit Lanjut.


Hamka : Aa..?? Mana..?


Gua : Bukit Lanjut kan?


Hamka : Biar betul ko ni...


Gua : (Check list slip..) Sori Ka. Silap. Kampung Lanjut.


Hamka : Ha... aku ingat batu ko lanjut tadi.





Cilakak!!

Kampung Continuously... kalu diPPSMIkan.
Lagi tak sedap!




March 13, 2009

Bila Komulonimbus Menangis

Kenapa budak2 suka sangat main ujan a?? Gua kecik2 dulu takde la galak mana pagi2 saje gi tadah kepala time musim tengkujuh. Takat tengok je budak2 huha-huha tengah padang duk main berenang dalam air paras betis. Kempunan la jugak. Tapi gua budak baik dan comel. Bukan apa. Sebab gua tau. Lepas bersukaria kuyup2 tu kompom abah gua bagi juadah tali lembu atas belakang. Best ke??

Sampai la gua dah besar hebat mcmni, memang gua tak into langsung ngan ujan pagi. 40 kali lebih afdal gua layan tido kalu takde aral nak melintang patah.

7:10am - Gua baru balik keje. Kena simbah ngan ujan sepanjang jalan. Lenjun weyh!! Memang betul tak best yang hamat. Instinct gua pegi keje semalam pakai Incik Igo meleset. Nak nyanyi laksana burung tiong pun takde nafsu dah..!









*nasi dagang ke roti canai??

March 12, 2009

Berbekas

Aku burung burung tiung berperi
Riang di dalam sangkar ku ini
Suaraku seperti manusia
Menegur dan bertanya siapa

Aku burung, burung tiung
Sungguh pandai, berperi
Aku burung, burung tiung
Sungguh pandai, berperi




Macam karipap basi 40 malam gua rasa bila berdendang lagu ni atas moto sepanjang balik keje tadi. Cekgu muzik mana laa yang reka. Irama macam lori sampah! Nak2 tang korus.

Gua nak salahkan Incik Yoshz!
Entry beliau berbekas kat sanubari gua.





*dulu gua pun pakai cik kelly gak