October 15, 2008

Lagenda Nasi Kerabu

Pasar minggu KayuHijau.
Jalan2 cari kudap. Terjumpa makcik nasik kerabu yang jadi tumpuan pasar minggu kat Institut British dan Taman Ilmu dan Budi.
Nasik kerabu dia memang sedap. Hadir dengan pakej - anak dara beliau yang menjadi daya penarik murid2. My choice.

Tiba2.. kornea bertentang (bukan dengan makcik tu atau anak dara beliau yang takde kat situ).
Opocot..!! Rakan Semesdian dan sama2 tewas di Taman Ilmu dan Budi - HarisZulhaizad. Memang lama sunggoh tak jumpa mamat botak yang murtad Ganu ni (more to Kelate).

"Weh.. mu jual sini ke??"

"Hoo laa..lamo doh heh. Kat setahun doh. Tok tuo aku la ni..."

Opps... Rupa2nya WalimatulUrus dia hari tu dengan anak dara makcik nasik kerabu. Hmm.. hancur luluh laa jiwa muslimin2 di Taman Ilmu dan Budi yang admire dan menaruh harapan. Mungkin tak terkecuali 2 orang yang bermastautin bersama aku.
Memang unsangkarable. Zaman murid2, memang beliau tokan dalam arena penguratan pelbagai status.

"Mu duk mane leni?"

"Gombak Permai. Dengan tok tuo aku la. Bini aku 5 bulan doh".

Aaaa..?? Terkejut sikit.
"Oooo.." Rezeki. Alhamdulillah...

Dan sebelom pulang, last quote beliau yang menampakkan beliau sangat beruntung dan aku tidak...

"Doh mu bile pulok?"

Adeh... sengeh je laa.




.

2 comments:

  1. adoiiiiii..nasi kerabu..sedapnyaaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  2. sedap penangan air tangan tukang masak.

    neway.. salam kenal =)

    ReplyDelete