Hari ke-5 selepas 1 Syawal. Dah hilang kerayaan.
Malasnye nak masak. Pegi kedai 'ayam perap' kat Gergasi Melawati.Masuk Q.
Aku tengok gadis take order. Pompuan. Kusut masai - baju corat coret, tudung senget, tangan berminyak. Kesian. Tapi dah kerja dia. Macam aku gak.
Sampai turn aku...
GTO : Selamat datang ke KFC Taman Melawati. Selamat petang encik. Makan sini atau take out?
Aku : Makan luar.
GTO : OK. Order apa encik?
Aku : Mmmmmm... Bagi satu X-meal. Regular.
GTO :(Sambil tekan2) Air encik nak Pepsi ke?
Aku : Air... bagi air pink.
GTO : Aaa?
Aku : Strawberi.
GTO : Oo... (tekan2 lagi) Tak mahu cuba cheezy wedges kami yang lazat?
Aku : (Aku gelak dlm ati, padahal memang feveret aku). Lazat ke?
GTO : (Sengih)
Aku : OK, Bagi satu.
GTO : (Sengih lagi sambil tekan2 lagi) Itu saja?
Aku : A'ah. Tong kecik je...
At least aku boleh jugak buat orang yang tengah sarat bekerja di Aidilfitri menguntum senyum...
No comments:
Post a Comment