October 31, 2008

Mudah


Tengok game Arsengal - Spouse. Replay semalam.

AzrieHafiz baru melepaskan dahan.
HalimiHamdan mangamalikan skill HanipYangDahKawen - memasak sambil SMS.


Macam lazim.
Ada saja ungkapan2 diluarjangka muncul.


AH : Ko tengok gol tadi?

Aku : Yang mana..? Yang first tu..?

AH : Bentley score. Dari tengah.

Aku : Lawa gile dowh..! Keeper lemas.

AH : Senang giler. Dada. Lambung sikit. Shoot.

Aku : Simple mudah je...

HH : Simple - mudah. Pimple - jerawat.

AH : Simple - mudah. Pimple - jerawat. Nipple...



Dan lepas tu pelbagai huraian tercipta.


.

October 30, 2008

Kembar??

Godek2 intenet.
TERjumpa blog cik sepet. (aku pon tak tau sape.. kes suka jalan2 meredah)
Salam..salam.. *wink!!

Haih... ada jugak yang pakai layout sama DEKONSTRUKSI ni.
Nasib baik aku dah alter sket. Beliau pun.

Mintak maaf... teruja sket.
Aku masih baru.


Dan macam lazimnya... di'add' kat list.
Berteman biar seribu.


.

October 29, 2008

Di Pit Stop

Aku. Bile isi minyak.. suka parking jauh ke depan.
Kalau boleh biar wayar tu jadi lurus je. Dari pangkal sampai ke ujung.
Tak mau ketinggalan walau setitis pun. Duit tu..!!

Banyak jugak motokar yang nak masuk tertipu. Ingat pam kosong..
Kesian.

Dengan mood inesen aku maintain steady.
Dah memang tak salah.


.

October 28, 2008

Hiburan Seorang

"Fresh orange satu..!!"

"Coke!!"

"Susu..!"

Scene drama Joe & Faridah yang buat aku gelak alias sengeh sorang2 (at least) kalau teringat. Hahahahahahahahaa..!! Kesian susu....


*OSTnya diuploadkan kat MP.



.

October 26, 2008

Cuma Sekejap

Ibarat mat rempit dapat motor.. sebelum dilanggar lori Pak Seman.

Ibarat dapat gol pendahuluan.. sebelum dibelasah pihak lawan.

Ibarat dapat Erra Fazira.. sebelum dikebas Tg. Imran.


Begitulah juga penghuni rumah ni...
Gembira sekejap.

Mamat yang baru masuk semalam dah pindah Melaka.
Adehh...!!



.

October 25, 2008

Ahli Baru

7:55 am. Balik kerja.
Macam pelik je bila sampai umah. Kete sape ni?
Barang2 stor bergelimpangan di parkir.

Tiba2 pintu terbuka.
Orang asing.
Tobat aku tak kenal.

Pencuri kah? Perampok kah? Kidnapper kah?

"Baru balik keje?" dia mempersoalkan kepulangan aku.

"A'ah.."

Dan terus berlalu dengan motokar beliau.
Aku terkesima.

Beberapa detik...
ShamilFitri turun tangga dengan wajah bangun tidor yang kacak sambil korek hidung...

"Housemate baru..!! Ko dah jumpa dah?"



Oooo.. Alhamdulillah..
Susut sikit beban penyewaan.



.

October 23, 2008

Sambung Menyambung

Duk godek2 kat 4shared tadi nak sedot lagu.
Kekadang komen2 pun boleh buat aku gelak. Golek2.



Aku pecaya mereka tak kenal satu sama lain. Tapi dengan harmoninya menyambung yang sebelumnya.
Yang paling last tu memang de best. hahahahhaa..!!

*ada lagi kat page 2 tapi dah extreme.



.

Alam...

Pada pemerintahan Maharaja Zhou, dinasti Shang mengalami zaman pemberontakan rakyat yang tidak puas hati dengan corak pemerintahan yang bersifat zalim, kejam, brutal, gila seks, cukai tinggi (lintah darat), pilih kasih dan semua sifat yang jahat. Ji Fat yang lahir daripada keluarga bangsawan (Duke Ji Chang) pemerintah bahagian barat China dibawah kuasa Maharaja Zhou ditakdirkan dapat menumpas pemerintahan zalim Maharaja Zhou tersebut.Ji Fat menjalani dan menghadapi kehidupannya dengan penuh kesabaran serta mengalami pelbagai kesusahan dan kecelakaan yang menimpanya. Setelah menilik mimpinya (tilikan bintang), Maharaja Zhou telah sedar ancaman dan bahayanya Ji Fat di dalam pemerintahannya. Lalu baginda memerintahkan Duke Ji Chang mempersembahkan Ji Fat ke istana sebagai ganti tawanan terhadap abangnya, Ji Kao yang tinggal di kediaman istana.(sebenarnya...dia tu nak bunuh Ji Fat). Akan tetapi Duke Ji Chang yang terkenal dengan sikapnya yang taat setia kepada Raja telah melangsungkan upacara pemujaan terhadap Ji Fat selama tujuh malam untuk menjauhkan bahaya yang akan menimpa anaknya itu setelah dia juga menilik petanda-petanda semasa Ji Fat dilahirkan.
Bermula daripada pemujaan terhadap Ji Fat sehinggalah perjalanan ke istana, Ji Fat diduga dengan penuh pancaroba. Ji Fat telah mempelajari "Hikmat Alam Semesta" daripada bapa saudaranya Rahib Esa disamping tunjuk ajar bapanya sendiri. Malahan semasa di Kota Khayalan, Ji Fat turut juga mempelajari "Hikmat Kubah Berdarah", sejenis hikmat yang dikuasai oleh Tuan Punya Kota Khayalan, memperolehi Hikmat Pembalikan Bumi dan Angkasa oleh Rahib Esa dan juga Hikmat Pedang Kayangan. Ji Fat dibantu oleh Tok Jiang atau Jiang Ziya yg terkenal dalam sejarah purba China (pakar Ilmu Limunan) dan anaknya Jiang Chong, Tok Bulu Hijau, Ji Kao (abangnya yang dipengaruhi roh Ifrit Utama) dan lain-lain lagi.
Akhirnya pertarungan dengan Maharaja Zhou tidak dapat dielakkan lagi setelah berjuta-juta rakyat mati termasuklah jaguh-jaguh handalan seperti Ji Kao,Tok Bulu Hijau, Duke Ji Chang, Rahib Esa, Arya Mara, Ifrit Utama, Siluman Angkasa dan lain -lain lagi dalam pertempuran yang menggegarkan bumi dan angkasa. Ji Fat yang ditemani oleh Pedang Kayangan berazam akan menghapuskan Maharaja Zhou yang zalim bagi membebaskan rakyat daripada kuasa zalimnya di samping melunaskan hutang darahnya atas kematian kaum kerabatnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku rindu alam2 komik...



.

October 21, 2008

Suara Misteri

7:15am. Nak balik keje.

Dengan muka mamai tapi sopan aku melangkah ke dalam lif.
Tiba2 suara awek menyapa... "Going down."

Sedetik aku terkejut. Pusing keliling takde orang!
Aaaayop..!!

Aku dongak sikit.
Oooo.. panel elektronik dah siap repair.

Smart building laa katakan. Kononnya laa...



.

October 20, 2008

Pembangkang Yang Membangkang

  • Curi Pasir di Puchong
  • "Semua Sudah Kawtim"- tokei Pasir
  • Melawan Pencuri Pasir.... OK YB!!!
  • RM22 Untuk 1 Tan Pasir
  • Curi Pasir : YB Mungkin Terlibat?
  • Curi Pasir : Kenapa PTG Tidak Bertindak?
  • MB Selangor....jangan hanya bercakap
  • Rasuah Punca Curi Pasir Berterusan
  • Hari Ni Lori Pasir Tak Beroperasi
  • Di Mana Talian Khas Banteras Curi Pasir
  • Sekali Lagi Khalid Ibrahim Cari Pasal
Tu antara tajuk utama berita semenjak dua ni kat salah satu blog politik yg aku suka (sikit masa dulu). Banyak untuk satu isu bukan nasional. Aku muak.

Kenapa nak hentam lebih2 'awok' sendiri? Lebih daripada pihak lawan dah..

Sekilas aku pikir... kalu dah mentaliti pembangkang tu... nak godam je kejenye.
Dah jadi kerajaan pun still nak lawan. Tak reti sokong.

Dan aku baru tahu menyokong dan membangkang tu tak semestinya antonim.



.

Perihal Sorang2

Kalau sorang2.
Aku suka dongak kepala dalam lif nak naik ofis.
Sebab...
Kat atas ada cermin. Buleh touch-up2.
Tapi...
Baru tadi aku perasan.
Ada CCTV dalam lif.




October 19, 2008

Aku Jiwa Kacau


HEALING PROCESS IN PROGRESS




October 18, 2008

Di Bawah Ketiak Landasan

Kupandang kiri... "Bawak guni besar2 ni nak gi mana ntah macha ni waktu2 camni?"

Kupandang kanan... "Ish.. moto baru lagi..WRV... dah makeup? Tak sayang ke?"

Kukesot ke depan... "Phew..tonggek! Ish.. jantan buruk. Dah laa pakai 125 jer. Oppss..!! (nampak bayang belang2 kaler pink...)"

Adeh..bile ujan nak berenti nii?
Last2 aku redah jugak. Sampai umah lenjun. Tak sukanya..!!!
Kalau laa Sona dah ada...



.

October 17, 2008

Aku Ke Mana

"Izar, Sharil suruh call balik."

5 minit selepas...

"Eh, aku call Sharil tadi dia kata takde apa2 pon."

"Hmm.. ntah. Tadi dia call, suruh ko call balik."

"Betul ke Sharil?"

"Ye laa kut..."

60 minit selepas...

"Anip, tadi Farid laa yang call."

"Aa..? Aku tanya tadi dia kata Sharil?"

"Farid lah..!"

Jauh beza tuh..!!
Adehh... nampaknye aura cuti masih mengelilingi. Kena buang jauh2 ni.
Untuk masa depan yang terjamin.

Dan nasib baik EncikFarid yang hensem dan baik hati tak marah.
Aku dah chuak..!




.

October 16, 2008

Gigit Telinga

"Ingin ku gigit gigit cuping telinga kecilmu..
Luahkan perasaanku..
& membisikkan aku cinta kamu..
"


Beberapa ratus kali diulang2 hari ni.
HalimiHamdan dah addict.

Aku tak kesah. Boleh tahan sedap.
Macam bola-bola ayam beliau.

Godek2 akhirnya dapat gak sedot.

Betul kata cikgu MohamadYusof dulu. Usaha tangga kejayaan.




*Obsesi - Aqasha (OST Joe & Faridah)

October 15, 2008

Lagenda Nasi Kerabu

Pasar minggu KayuHijau.
Jalan2 cari kudap. Terjumpa makcik nasik kerabu yang jadi tumpuan pasar minggu kat Institut British dan Taman Ilmu dan Budi.
Nasik kerabu dia memang sedap. Hadir dengan pakej - anak dara beliau yang menjadi daya penarik murid2. My choice.

Tiba2.. kornea bertentang (bukan dengan makcik tu atau anak dara beliau yang takde kat situ).
Opocot..!! Rakan Semesdian dan sama2 tewas di Taman Ilmu dan Budi - HarisZulhaizad. Memang lama sunggoh tak jumpa mamat botak yang murtad Ganu ni (more to Kelate).

"Weh.. mu jual sini ke??"

"Hoo laa..lamo doh heh. Kat setahun doh. Tok tuo aku la ni..."

Opps... Rupa2nya WalimatulUrus dia hari tu dengan anak dara makcik nasik kerabu. Hmm.. hancur luluh laa jiwa muslimin2 di Taman Ilmu dan Budi yang admire dan menaruh harapan. Mungkin tak terkecuali 2 orang yang bermastautin bersama aku.
Memang unsangkarable. Zaman murid2, memang beliau tokan dalam arena penguratan pelbagai status.

"Mu duk mane leni?"

"Gombak Permai. Dengan tok tuo aku la. Bini aku 5 bulan doh".

Aaaa..?? Terkejut sikit.
"Oooo.." Rezeki. Alhamdulillah...

Dan sebelom pulang, last quote beliau yang menampakkan beliau sangat beruntung dan aku tidak...

"Doh mu bile pulok?"

Adeh... sengeh je laa.




.

October 14, 2008

Ada Apa Dengan Artis

Tadi lunch kat simpang. Abis makan, ada panggilan daripada kanda aku - MohdHarif. Sembang2 Sona aku.
Tengah2 tu kornea aku menangkap seseorang yang aku kenal. Sangat kenal. Jantung hatiku merangkap perobek, pemusnah, pelunyai dan peluluh jiwa raga aku - RoszinatulAshikin. Sekilas terpandang aku ignore. Terus. Sambung sembang...

Topic berubah. Kornea aku terpandang seseorang yang aku kenal (lagi). Seberang sana. Jalan2 jengok kueh.
"Ish. Lawanyer awek tu.." spontan lidah ini berbicara di telefon.
"Sape?" MohdHarif curious nak tahu.

Aku terus mengushar... Yess. Memang aku kenal. Dia je tak kenal aku.
Memang lawa. Memang cun abes. Memang gebu. Memang penuh pesona. Memang memang...!

Tapi... apa yang mampu dibuat?

Nak pegi amik otograp? Not my type.

Nak tegur? Buang tebiat.

Nak lambai? Bukan dia tengok aku pon...

Abis sembang dan dia masih di situ. Aku pulang.
Nampaknya tiada istimewanya jadi artis kat Malaysia kalau rakyatnya macam aku.

Tapi dia memang santek..!

Farahdhiya? Faradhiya? Farahdiya?





October 13, 2008

Kembali Potong

Semenjak dua ni... gegendang, incus, stapes dan maleus aku kerap terdendangkan karya baru Butterfingers - K.E.M.B.A.L.I. Terima kasih atas ihsan AzrieHafiz dan MijieSayYor.
Dah dengar ulang ulang ulang dan ulang memang laa tangkap. Sangat menangkap.


Something makes me very agitating, disturbing, perturbing and tormenting... ending2nya - banyak sangat 'bunyi2 murah menambah panjangnya lagu dan besarnya file'. Trademark - usul AzrieHafiz.
Aku sangat terganggu. Jadi aku sunatkan kebanyakannya.

Dan hasilnya aku eksport kat www.4shared.com (exact link x jumpa)
(aku godek2 jugak butang nak uplod kat dekonstruksi - tiada... atau tak jumpa?)
dan jugak kat MP >> http://p4153h.multiply.com/music/item/375/Kembali_Potong


Anyway congrats to Butterers...!
Absolutely art for grabs...





October 12, 2008

Rencah Berkasih

Somewhen in 2004.
ShamsulAli plan pegi umah awek beliau - Norma, kat Klang atas WalimatulUrus abangnya.
Dengan susah payah dia turun KL dari Lepaih semata2. Sahabat punye pasal aku sediakan logistik berbekalkan Kanch 850 ZamirKhan modified to turbo ekzos and subwoofer. Lagi saksi petang itu - Zulkifli dan AhmadNazri.

Sejenak meneruskan perjuangan ke Klang awek beliau asik call - lambat. Memang patut pun. Peak hour balik keje. Mana mungkin boleh punctual.
Klimaksnya...

"Anip, jom balik laa. Kensel. Tak yah pegi lah.."

"Aih... apesal lak Sham?"

"L****u la. Bodoh. Marah2 buat apa. Dah aku bagitau tengah jem. Dia duk suruh cepat2. Bengong pompuan ni! C***i.!!!"

"Abis tu? Ala.. ko datang jauh2 takkan nak balik gitu jer.."

"Aku dah cakap elok2 tadi. Dia marah2. Bengong betol. Ada ke dia kata - balik la.. tak payah datang laa kalu lambat2. Kita dah kat sini (Connought)... B**i ah! Bukan tak tau aku datang jauh2 ni. Sial tol..!!".

"Laaa.. takkan benda simple macam tu pun dia tak paham.."

"Bukan tu je.. siap mintak break dah tadi..."

"Errrkk...!!!"

Sebagai roomate yang prihatin dan alert, aku dapat grab yang ShamsulAli dah kecik ati sangat.
Dan petang tu jugak dia mintak pendapat. Keputusan majoriti - BREAK. Maka jatuhlah talak orang bercinta petang itu juga.


Dan tadi (10:10pm 11/10/2008) aku dapat call dari ShamsulAli - WalimatulUrus beliau (08/11/2008). Alhamdulillah.
Dengan sape? Adeh... lupa lak nak tanya...





October 11, 2008

Alahai Menantu

6/10/2008. Malam aku sampai baiti di Kg Alur Limbat, Marang, Terengganu, terus kena hantar adik naik bas balik Penang.
Jumpa kamcheng dia - Haziqah yang dihantar penjaga2 beliau.
Nak naik bas, aku bagi duit raya kat adik dan Haziqah (dijanjikan malam sebelumnya) bersaksikan abah yang ikut sekali.
Sampai umah, melantak sate + nasi himpit yang abah simpan especially untuk aku. Dah ramai kat dapur tu ada laa topic...

Abah : Tadi ambe jumpa besan ambe tadi.

Mak : Sape pulok abah mu ni?

Kakak : Jumpa Pok Soh, ayah Suri ke abah?

Aku : (x teka apa2 sebab... enaknya sate abah)

Abah : Tu... ayah saing Icah tadi. Nama mende doh..?

Aku : Hurppfffhh...!!! (hampir2 tercucuk lidi sate kat trakea...)

Kakak : Jikah?? Haih..mu ni. Mane se ni Anih?


Dan hari berikutnya aku disoalkan pasal jodoh sepanjang beraya rumah sedara mara...




October 10, 2008

Aminah@Munah binti Yusoff

7/10/2008 @ raya ke-7...
Petang. Beraya ke rumah Ayah Chik. Tok aku ada kat sana.
Dah lama sangat tak jumpa. Ntah kenal aku lagi ke tidak.
Lepas salam ngan Ayah Chik aku terus cari Tok. Rindu.

Aku : Assalamualaikum Tok. Slamat Hari Raya...

Tok : (hulur tangan berjabat salam)

Aku : Hmm.. sihat dah Tok. Kenal dok sape ni?

Tok : Doh mu ni sape ni?

Aku : (aiyark..!! dah agak dah) Anih ni Tok... Oloh.. sapa dok kenal...

Tok : Mu ke Anih? Astaghfirullahal'azim.. dok kenal doh Tok. Kan mu dulu comey. Ni bakpe jadi dok comey..?

Aku : (aiyark...!!!)


Lepas solat Maghrib aku pimpin Tok duduk kat ruang tamu...

Tok : Ni mu ke Anih?

Aku : Ye laa tok.

Tok : Hoo.. baru nampak comey.

Aku : Haa... ambe kate doh. Cucu tok hok ni mane huduh..hehehe...

Tok : Hoo.. lepas semayang comey slalu tok tengok...

Aku : Errrkk..!!


Nenda tesayang.. Aminah@Munah binti Yusoff. 
Moga dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan sokmo2. 
Amin...





October 6, 2008

Raya 5th - Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ke-5 selepas 1 Syawal. Dah hilang kerayaan.

Malasnye nak masak. Pegi kedai 'ayam perap' kat Gergasi Melawati.Masuk Q.
Aku tengok gadis take order. Pompuan. Kusut masai - baju corat coret, tudung senget, tangan berminyak. Kesian. Tapi dah kerja dia. Macam aku gak.

Sampai turn aku...

GTO : Selamat datang ke KFC Taman Melawati. Selamat petang encik. Makan sini atau take out?

Aku : Makan luar.

GTO : OK. Order apa encik?

Aku : Mmmmmm... Bagi satu X-meal. Regular.

GTO :(Sambil tekan2) Air encik nak Pepsi ke?

Aku : Air... bagi air pink.

GTO : Aaa?

Aku : Strawberi.

GTO : Oo... (tekan2 lagi) Tak mahu cuba cheezy wedges kami yang lazat?

Aku : (Aku gelak dlm ati, padahal memang feveret aku). Lazat ke?

GTO : (Sengih)

Aku : OK, Bagi satu.

GTO : (Sengih lagi sambil tekan2 lagi) Itu saja?

Aku : A'ah. Tong kecik je...


At least aku boleh jugak buat orang yang tengah sarat bekerja di Aidilfitri menguntum senyum...








October 5, 2008

Raya 4th - Typical? Klise? Protagonis? Antagonis?

Dah tak raya dah. Lepas makan 'ayam perap', layan citer Cahaya LailatulQadar. Astro Prima. Banyak betul cerita2 'insaf' Rashid Sibir ni. Aku dah muak.
Antara judul2 lain yang se'genre' yang aku ingat :

Sekeras Kerikil + Tanah Kubur + Mencari Syurga + Ombak Laut China Selatan + Pondok Buruk 1 & 2 & 27 + Takbir Suci 1 & 2 & 3 & 59 + Quran Buruk + Pondok Buruk + Cantiknya Buruk + aku dah tak ingat...

Very tipikal. Balik2 kisah mak sayang anak terlampau2, anak jahat, anak derhaka, mertua jahat, fitnah, bapak garang... uwekkk..!!!
Actor. Almost very de similar. Fauziah Nawi. Jalil Hamid. M.Rajoli. Mak Usu. Ellie Suriaty (hate her when become very over..wekk..!!). Joyah dan anak beliau. Spark.
Kalu 3 4 kali bikin cerita yang 'macam serupa' pon orang normal dah bosan. Ni berkoyan2... uweeeeekk...!!!(lagi)
Aku Google tadi, jumpa - 5 Perkara Tipikal dalam drama-drama arahan Rashid Sibir. Aku setuju. Timakasih tuan punca. *wink

Yang aku tersinggung background dia mostly kat kampung. Aku pun orang kampung weh... Banyak sangat ke kampung kat Tanah Melayu ni yang huru-hara? Banyak sangat ke budak2 kampung yang eksen bila dah migrate? Banyak sangat ke budak2 kampung yang kurang ajar?

Cahaya LailatulQadar. Aku layan ni pun sebab nak tengok Spark jadi nice guy. Tapi tak sempat abis pun. Aku tau Astro misti ulang.huhuhu...
Sepanjang tontonan, kutukan berleluasa dalam ati.


Betul expectation aku. Kisah anak durhaka. Si ibu pulak sayang anak tak hengat donia. Tak pasti betul2 ujudkah love manner ibu macam tu. Yang anaknya dah terang2 menghina. Lupa diri. Nak harta.
Nak review lebih2 tak leh sebab belom abis nonton. Tapi Fouziah Haus memang buat aku haus. hahahahahahaha..!!!

Tengok jam. Uikkkss..!! 10:32pm dah..?
Adeh.. lambat lagi gi keje....





October 4, 2008

Raya 3rd - Eagle Eye

Jumaat. Mood raya dah makin surut.
Nak pegi tengok wayang lagi - Eagle Eye (Dayah ngan Sela cakap cite ni best).

mamat transformers tu kan?


Dengan hati kering aku pegi KLCC sorang2 tengah2 gerimis.
Langkah kiri - tak sempat. Next show pukul 5.30. Malas nak tunggu. Perut pun lapo.


Pegi fudcort level 3. Dah lama tak pekena sizzling. Mentekedarah sorang.

Tiba-tiba..... kreeeett..!!

Meja aku kena langgar. Sorang budak lalu bawak McDolah.
Agak2 7-8 tahun. Gemok.
Landing dua depa dari aku.

Aku jeling. Dia tengok.


Aku tengok. Dia kerut dahi.


Aku tengok lagi ala2 mata helang. Dia usha lain.


Bapak dia datang. Aku buat tak tahu...~



Masa balik baru perasan. Jersi 'MU ultraman' aku ada titik2 kuah sizzling.

Ooo.. shit..!
!!




*no movie preview. huhuhu...

October 3, 2008

Raya 2nd - KAMI

Still xde macam raya. haih... Pegi layan KAMI. Sorang2. Ulung2 kali aku buat.huhuhu..
Citenye best. Storyline ada. Tak klise. Bukan filem melayu biasa.

Review aku :


1) Whole story pasal budak2 KAMI - kesinambungan series
(yang aku memang follow)

2) Walaupun panggung tak penuh tapi still xleh menonton dengan aman. Budak2 belakang aku.... Antara dialog2 diorg yg sangat annoying..mcm nyamuk :

- hensem jugak yg jahat tu ek? bla bla bla..
- Abu tak smart lah! bla bla bla..

- hahaha..bodoh betul. hahaha.. bengong.. ekeke.. kihkihkih.. hihihi...

- eh. tadi kat sana.. ni kat sini.. eh.. camane cite nih?
bla bla bla..
- ooo.. patut la.. tadi kan mak dia... bla bla bla..
- terus bla bla bla... bla bla bla lagi....sampai aku fedap!


3) Nape nak tunggu Abu mati baru solve sume problem? Mcm macam-macam..!!


4) Very lack of Islamic sentiment. Boleh kata NONE. Malay culture pun sikit. Sampai Abu mati pun xde mengucap. Hmmm.. jangan laa sampai betul2 pun cmni..

5) Watak Boy budak jahat yang menjadi. Tapi belum fully jadi. Ok la
a.. over-expected.

6) Scene paling best - Ali ngan Linn sesama kantoi. No dialogue but fully understandable.


7) Aku tak amik port sangat pasal lagi 2 ekor budak pompuan. Dah muntah citer pasal diorang kat internet (discovered and undiscovered.hehehe...) Asik duk gedik2-kinja2...hamjadah..!!!

8) Soundtrack. Very de gud one. Maybe sebab aku dah selalu dengar. Azriehafiz dah beli dan slalu pasang kat umah. Ada satu lagu Hujan yg tak pasti...
(ye ke Hujan?)

9) Utopia Trauma. Betul ke ad
a benda nih...? Aku minat nak discover...


Masa nak keluar.. aku jeling2 belakang.. Aiyark..! Ada berbelas2 'gadis KAMI wannabe'(pakai tudung still). Haih... dressing tu OK la.. tapi mental 3rd world! Ingat korang je yang bayor..??!! P*L*T...!!!!




October 1, 2008

Hari Ini Hari Rabu

De worst ever raya...

Tak nak story panjang2 (who cares anyway...) Cuma yang mampu dihighlitekan :

1) Duk takbir raya sorang2 ondeway gi/balik Shah Alam tadi.

2) Iklan 'Mak OK' Petronas. Kenapa banyak sangat skrip 'OK'? Aku tak jumpa jawapan.

3) Sempat jugak bagi duit raya kat budak - anak buah aku Thaqifah (comel nih..)

4) Sume SMS raya aku tak reply - mogok raya kunun2nya. Sori ye sahabat2...
Anyway timekasih laa sebab masih ingat aku.

5) Duk opis - sepi. Sama je macam hari Rabu yang lain. haih....




Ramadhan Terakhir 1429H

Last day pose tadi paling hambar dalam hidup.
Landing lepas balik keje. Bangun 15 menit sebelum berbuka. Pegi mesjid. Lain. Xde kuih. Xde minum. Pusing balik umah sebab dah suntuk.
Godek2 dalam peti. Agar2 semalam ada lagi 2 ketul.

Betul kata pujangga. Jimat cermat amalan mulia.
Haru~