Hari ni gua rasa tak best. Menjak malam tadi gua syak demam mahu mari. Sebabnya time gua jogging solo kat Tasik Titi petang semalam gua dah rasa tak solid macam biasa. Normal laa. Golongan atlit kena laa mengerjakan ibadah riadah. Baru takde gendang akan bergendut. Gua pilih Tasik Titi sebab indeks udara kat situ gua perasan bagus sikit nak banding dengan Wangsa Melawati yang treknya betul2 birai jalan utama sekitar Wangsa Maju. Time petang2 pulak, kenderaan tengah banyak balik keje bakal buat gua punya paru2 makin comot.
Biasanya gua akan rasa sedap bila keringat membasahi badan. Rasa macam rambo tengah perang sambil galas bazooka sedang tala peluru kat bangsal Viet-Cong. Seksi macam model minuman isotonik pun ada. Gua saja bermain angan2. Takmau penat mari. Keringat tu pulak biasanya akan disertai oleh lendir bahan kumuh dari dalam paru2 melalui trakea seterusnya mendarat ke serata tepian trek. Baru gua rasa sihat walafiat dan cargas seratus persen. Ada pulak pakej alat senaman ala2 gym. Gua gasak je semua.
Dan malam tadi gua mari rasa suam2 sejuk. Tengok Awan Dania pun dah tak konsentrate. Gua try telan Uphamol 650-melegakan-sakit-kepala-hanya-dengan-satu-tablet dengan air sejuk. Oh..ni pil sakit kepala. Gua tak harap apa2 melainkan bleh ngantuk dengan nawaitu taknak lambat ke opis. Takmau jugak. Suam2 sejuk belum mahu berambus. Sudahnya gua layan main FIFA08 dengan Prosper sampai pukul 2.
Bangun pagi ni gua rasa trakea tak selesa. Rasa gatal2. Tambah pulak ondeway mari keje tadik dia punya kualiti udara sangat huduh. Macam2 asap masuk dalam mukosa gua. Bau baja kosmos pun ada. Ni dah rasa macam ada anak kerbau bermain perangkap offside kat dalam gua punya tekak nih. Haih.. baru tau betapa tak best nya nak demam dak..??
*Gua teringat malam tadi sambil tengok Trek Sebriti Ekin, gua ada jalankan aktiviti cabut bulu idung. Ada kaitan ke dengan sistem pengudaraan gua nih...?
gua pun berat nak demam ni..suhu badan menaik..tekak rasa kering..
ReplyDeletedemam itu indah!! hahahaha!
ReplyDeletenak citer demam je tapi penerangan saintifik dia mmg kelas! Get well soon prof PaiseH.
ReplyDeletejangan ko cabut bulu hidung... abis la filter tu nanti...
ReplyDeleteSesungguhnya sakit tu penghapus dosa. Uhuk uhuk.
ReplyDeletedah musim demam ler ni. kejap panas kejap sejuk. udara memang tak best ler time ni.
ReplyDeletep/s: ko memang prof
mrblind - tiru ka..??
ReplyDeleteLiliyuli - indah laa kalu dapat MC..huhuhu..!!
Hidemichimomotani - lol . tak pasai2 gua upgrade jadik prof lak ari nih.
debikdebuk - gua syak asbab tu jugak kut.. abuk2 dah selerakan kat kongkong neh..
A t i Q a h - gua tak sakit.. gua nak demam je..
Monkey D Luffy - biasanya gua kebal je.. huhuhu..!!
*lu memang kapten..
Dr.Paiseh, kalau selseme kne makan ubat ape ye? Uphamol jugak ke? Dr. dpt MC tak sbb demam ni?
ReplyDeletehehehhehe :D
aim-a - lol . tetiba buleh Dr. plak..?? xdak makna nak MC aih.. esok gua offday..
ReplyDeletenak demam memang tak best wooooooooo
ReplyDeletesgt2 hampeh tak best sengsara jiwa duka lara sakit badan juga hati dan perasaaan
ha. camtulah ai rase kalau nak demam.
azie - lol . apa libat perasaan pulak...? lu dah bikin gua chuak nih...
ReplyDeleteseb baik la aku keje ramunia dok kat tepi laut ni dgn angin sepoi2 bahasa singapor dan hendon
ReplyDeleteerm. udara tercemar mungkin bahana pembakaran bunga api secara terbuka masa tahun baru lepas kot.. wahahaha.. (takde kena mengena)
ReplyDeletepampas - gua dengki sama lu
ReplyDeletelandaklaut - lu mau kena sama gua ke..?
try telan memang la tak berkesan, kena telan baru berkesan.
ReplyDelete