January 3, 2009

Mai Pi Penang Ep. 2

Sambungan Amaran : Ini entry pengembaraan sambungan.



"dan di sini tetap menunggu... berada jelas di mata ku....."

Gua celik mata je dengar lagu nih. Oh.. rupanya kami tido beralunkan lagu jiwang-rindu-sendu-leleh-cintan. Patot la tak beralas pon bleh jeneghe molek. Nyaman sunggoh. Tengok henpon. Adik wanita gua dah ajak gerak. Cepat2 gua siap. Incik Lan ngan Incik Afad masih sedap dok layan dingin pagi. Mana janji lu orang nak bawak gua gi bekpes..?? haih... Naseb baik gua tak kesah sebab pesen gua nih jarang makan pagi.

Terus ke menara gading tempat adik wanita gua belajar. Gua memang anti sangat dengan pak gad kat entrance. Bleh kata macam Undertaker dengan Vince McMahon. Nak je gua belasah cukop2. Poyo2 pulak tak bagi masok. Selama ni kalu yang dah berumor tu gua respek laa jugak. Sikit. Ni gua agak2 lebih kurang baya je.

Gua : Semalam saya masuk boleh je.

PakGad : Tak boleh masuk. Kete hang takdak sticker.

Gua : Tapi semalam saya bagi lesen ni dapat pas dia bagi masuk...

PakGad : Tu semalam. Dia dia laa.. Ni syif saya.

Gua : (gua dah hot nih...) Abes tu macamana nih?

PakGad : Hang parking kat luar tu. Jalan kaki.

Gua : (babi...!) Takkan nak jalan kaki. Angkat kotak banyak2 tu...?

PakGad : Ye laa... Hang takdak sticker.

Memang nak cari gadoh mamat nih.. gua jeling je tak puas ati. nak je gua bagi Tombstone Piledriver sebijik. Nasib baik batu jemala gua geliga masa tu...

Gua :
Kejap. Saya nak u-turn sana.


Celaka sungguh. Gua memang tak leh blah ngan lagak pakgad pesen ni. Skema takdak otak. Gua masuk dalam sikit. Tengok side mirror. Dia sambong baca paper. Gua pecut Cik Sona lekas2. Bedesup. Tak kire bumper, tak kire lubang gua redah. Mampus lu lah. Pedulik hape. Gua bukan nak gi bom hostel tuh. Bodo...! Ushar2 gak belakang. Eleh.. tak kejar pun. Kalu dia kejar pun gua nak kasi Cik Sona impit je skit. Biar pencen terus jadik pak gad.

Lepas sesi angkut2, adik wanita gua ajak pegi Komtar. Carik jeruk salak. Oleh kerana feveret gua dan arahan dari kakak, gua pegi. Tanya jalan. Macam biasa adik wanita gua memang buta geograpi. Terpaksa la gua merangkak2 Cik Sona baca signboard. Sampai jugak Komtar. Tapi dia kata kat Mydin pulak port dia. Terpaksa laa gua pusing2 lagi. Cilakak!! Pasni jangan harap laa gua nak ajak dia gi melancong.

Selesai projek beli belah gua round2 Padang Kota. Lepak kejap tepi pantai. Bergaya jugak tengahari buta duk bergambo tepi tembok tuh. Macam pelancong Taiwan pun ada gua rasa.hakhakhakhak.!! Puas amik gambo utk cover album gua pusing2 kat situ terjumpa pengkalan. Feri. Sekali lagi batu jemala gua mari idea bernas. Kata pelancong. Datang Penang tak cara laa kalu tak naik feri dak? Dengan gamblenye gua masuk queue. Adik wanita gua dah tanya geng dia. Kalu dari pulau free je. Macam tol jugak. Ape lagi. Makin teruja laa gua. Tapi senak jugak beratur. Makan 1/2 jam jugak. Macamana laa orang Penang pegi keje ye??

Sampai atas feri (yang namanye gua lupa tengok) gua cepat2 carik toilet. Nak kucil. Tengah2 nikmat mengucil feri stat gerak. Abes basah jeans mahal gua. Nasib baik gua punya daya imbangan masih mampan menyerap inersia. Kalu tak, sah tergolek2 gua kat dalam. Cilakak!

Teruja gua dah sama level dengan mat saleh kat sebelah


Agak2 15 menit tengah Selat Melaka, feri sampai kat seberang. Takde la best sangat. Macam naik bot penambang gi Pulau Duyong je. Tapi selesa sikit. Dah besar gedabak tu kan memang la lawas. At least kalu lepas ni ada orang tanya gua dah penah naik feri ke belum bleh laa gua berlagak sket. hahahaha..!!!

Keluar dari pengkalan gua intai la signboard nak naik highway. Haram takdak! Gua try pusing2. Tak jumpa. Sudah.. Sesat sampai Danok jugak gua ni kang. Nak tanya adik wanita gua? Hoh.. baik tanya Cik Sona. Takde la gua nak naik murka. Last2 gua telepun talian hayat. Incik Lan bagi pedoman - Bukit Mertajam. Selesai masalah.


Kiut betul gua tengok menatang ni banyak2 lalu atas highway


Mengarah ke Shah Alam nak hantar adik wanita gua, gua tak ingat tak ingat ikut mana gua masuk semalam. Gua syak Rawang. Tanpa was-was gua keluar kut situ dengan hajat boleh terus jumpa Pak Guthrie. Hampeh! Gua salah. Terpaksa la carik jalan sulit ke Sungai Buloh. Memang sulit sunggoh. Ikut signboard ikut Kuang (sape Rawangian tau la macamana kondisi jalannya). Ikut ladang sawit Incik Marimuthu gua syak. Secara otomatik Cik Sona yang menjak tadi ala2 stended F1 bertukar jadik 4 wheel drive. Pundek sunggoh..! Adik wanita gua dah chuak abis tengok jalan macam ke Rahmatullah. Aduss. Gua tabah. Stengah jam gamble punye gamble jumpa jugak Sungai Buloh. Tang ni gua expert dah. Jalan gua jugak dulu. Time hati berbuah dulu2.huhuhuhu...

Dan pukul nam gua sampai Anggerik Mall tempat perjanjian dengan kakak gua. Penat kemahen weh!!


.....................................................



Jauh perjalanan luas pengalaman.
Betul laa tuh. Tambah siket - kopak kewangan.
Ape kes baru gi Penang dah abes dua latus steng..?!! Mana bajet gua nak pegi Dinasti Shang jumpa Maharaja Zhou ni wehh..???






Ape2hal... Penang memang best.
Gua je yang tak tak reti nak best.hakhakhakhak..!!!

17 comments:

  1. perghh bejalan sakan lu..yg tatahan tu time feri tarik pikap,besepah suar jeans lu..hahaha

    dinasti ching currency converter
    RM5O = 98.36YUAN, lu kaya beb..gua nak order panda sekor..

    ReplyDelete
  2. hahahahah...lawak laaa entry hang neh..:p gelak je aku bace..terhiburlah hati aku :P

    mana jeruk salak?

    :D

    ReplyDelete
  3. haha.
    tudia laa..
    sib baek ada cik sona tu.
    :D
    klau x..smpai skrg xkuar dr penang tu pa.
    ekeke


    encik mazlan.
    maseh xckop untuk seko panda.

    ReplyDelete
  4. Gua paling menyampah kalau pak gad cenggitu..mak gad cenggitu lagi tak boleh blah..tu nasib kena kat lu yg masih muda. Cuba kalau kena kat makcik pakcik yang nak kena hantar anak2 dia, takkan kena parking kat luar pastu hangkut barang berat2 dari luar gak..hishh! (tetiba aku menjadi marah)

    * Itu Anggerik Mall sudah dekat dengan Fradoo. Nape tak bawak akak adik wanita mu mkn Abc sekali? hehe..

    ReplyDelete
  5. mazlan - mcm lu dah pakat ngan pakcik feri je nak kenakan gua... rege panda berape?? bak la yuan

    aim-a - jeruk salak sekali gua buka mulut je dah abis. hahahaha..!!

    hana - kalu tadak cik sona takdak laa gua sampai sana. haih..

    Erina - bangga pulak lu ckp gua masih muda.. hakhakhak..!! Uuuu.. itu projek lain masa.. tunggu.....!

    ReplyDelete
  6. aku je yg x pernah sampai penang lagi..hukhuk

    ReplyDelete
  7. Gua masuk Uia hantar Aduh Saleha kul 1pagi, pak guard senyum je. mmg diorg jenis pilih bulu la bro, antara kacak dan huduh.. sabar... ekekeke....

    ReplyDelete
  8. aRaBeLLa - sumbun..gua ajak xmau..

    Im Single - uia punyer takpe.. semua gua cinta.. hakhakhak...!!

    ReplyDelete
  9. cantik la spek itam lu bro...mau pinjam!

    ReplyDelete
  10. "Datang Penang tak cara laa kalu tak naik feri dak? " - btol2...! by da way...naik feri BEST laaa...seploh kali lagi best dari jambatan tu ..cuma nk que tu mmg seksa la :)

    ReplyDelete
  11. Liliyuli - 15 hengget je.. mau..??

    f R i h A - memang seksa jiwa raga.. dah la tengah teruja.. hakhakhak..!!

    ReplyDelete
  12. saja suka nak sebot cik sona.
    lalala

    ReplyDelete
  13. kt penang bulih sesat ke danok.... perghhh... cik sona tu bulih melompat negeri barangkali ye... ha ha.


    .

    ReplyDelete
  14. bagus2. entri panjang2 pun gua tak putus asa baca sampai habis. hehh.

    lu ni, citer dah citer, gambo dah tunjuk, manenye buah tangan dari penang beb???

    ReplyDelete
  15. hannah joe - senut tu sebut laa.. ni lu dah tulis ape kes..??

    TM - jgn memain sama cik sona gua. hahahaha..!!

    A t i Q a h - a'ah.. panjang sampai gua dah tadak idea nak buat apa lak nih. buah tangan..? lu nak bungkus penuh ke yg separa bungkus..? hakhakhak..!!

    ReplyDelete
  16. seronott kan naik feri.. muahahaha.. seronottnyee gi penang.. xpelaa dua ratus stengg itu worth it jugak kan.. hihihihi!!

    ReplyDelete
  17. landaklaut - seronot la.. sebab balik tu gua terus berlagak ngan kakak. hahahahaha..!!

    ReplyDelete