August 18, 2009

Kelahi Lagi (Bukan Gua)

.


Satu malam yang pelik, gua naik menggateh basikal dengan gigih ke kedai dua puluh pat jam yang tak penah tutup. Tak jauh pun dari umah sewa. Saje bosan. Sambil cari papadom nak kudap2. Dah pilih papadom cap Bika dalam pek hijau perisa ayam, gua beratur untuk urusan jual beli. Depan gua ada makwe. Tak hot. Gebu. Kat tangan dia ada pek pat segi. Gua buat tak peduli sambil humming lagu Awas.

Tiba2 gua dengar suara sayup2 duk kelahi.
Jauh tak jauh juga. Depan2 gua je...

"Bekerja lagi ke cik kak?" suara laki2.

"Ye laa. Awak sibuk apesal??" suara gadis2.

"Haih.. seminggu laa saya takdak kerja nampak gayanye ni.." suara laki2 tadi balas. Betul2 datang dari rak kecik atas meja kaunter.

"Ewah..ewah..ewah. Sedapnye ngata saya ye..!!" suara gadis2 tadi. Dah macam marah.

Sambung lagi.. "Awak tu lagi teruk! Kalau sekali tak kerja... mau sembilan bulan saya takde kerja tau..?!!"

Pok..pek..pok..pek..~







Pow!!! Poww!! Gua hantuk pale kat peti eskerim.

Apehal gua ni??
Kondom sama Maxipad gaduh pun bulih dengar~

Pelik kan malam tu?

August 17, 2009

Berkelahi Dengan Naga


Ntah apa siluman ada duk jadi jaga kat katil tua gua kat kampung. Kalu tidur je misti mari mimpi. Kalu kena cuaca molek dengan mimpi sedap2, kompem makan pagi pukul dua la. Kalu kena mimpi berkelahi dengan naga berebut makwe, papan dinding pun bulih berlubang gua tumbok. Patut la dalam kete ondeway balik KL malam tadi gua punye buku lima ada rasa pedih2 macam kena jawi. Baru pasan. Melecet woh!

August 16, 2009

Lama Juga Gua Tak Tengok Berita Tiwi Subsidi Kerajaan


"Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..."




Macamana nak jawab tu...?

Selamat Mari Raya


Sampai telopong abah gua bile adik wanita gua dah stat ajak shopping raya. Lokasi - Mydin KT. Gua tak amik port langsung scene2 bidaah gini. Pagi hari raya pun blom tentu lagi gua ada kat mana.
Sila ke entry pertama dekonstruksi nak tau gua rebel tahap mana bab raya.heh!

August 15, 2009

Kenduri Kepala Budak


Semalam lepas solat Jumaat, gua pergi satu majlis yang jarang2 gua bulih hadir. Kenduri atikah cukur jambul anak buah gua nombor pat.
Tapi yang gua mari moskel sket, apesal takdak langsung scene mencukur? Gua into sangat scene rare macamni. Siap standby batu asah dalam poket. Malang. Pisau cukur cap Super Nacet pun tadak.
Dia punya hasil sangat huduh. Tobek satu kepala. Tengok muka anak buah gua macamtu pun dah bulih agak dia tak puas ati. "Dah la siap kasi makan. Menambah pulak tu sekor2. Susah sangat ke nak trim molek2 kasi jadi pesen George Clooney wey!!"

August 13, 2009

Hikayat Wabak



Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.


Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.


*bacaan penuh di sini.




Macam jalan cerita Cicakman dah lagaknya...
Buat penyakit. Jual ubat.
Kapitalis. Tolong berhenti. Dah macam dajal dah~

Betul ke tak, masing2 tengok masing2 pikir.





*serius gua hari ni kan?

August 11, 2009

Teknofobia..?? Kuat Betul Pengaruh Tiwi..

.



Kisah Satu - Telefon Bimbit

8:00pm : Slm, emy ktne? xnk kuar ke? ktorg dh nk gerak. - tekno

8:08pm : Emy, cptla ktorg kt bwh ni. - tekno

8:11pm : Emy pale otok aok! Ni paiseh la.. - gua

8:12pm : Slm, maaf sy trslh. - tekno

8:14pm : Maaf..maaf.. Dh. G mkn nu. Kem slm kat emy. - gua

8:23pm : Maaf skali lg ye. X perasan td. - tekno

8:26pm : Udah2 le tu. Xnk bg gua makan ke apa ni..? - gua

Esoknya...

10:02am : Slm, awk sy mintak maaf ye psl smlm. mmbe sy emy kimslm dkt awk. - tekno

1:43pm : Slm. Ganggu ke? - tekno

Sampai la hari ni duk main salam2 ngan gua. Banyak juga gua bulih pahala runcit2 bahagian jawab salam.





Kisah Dua - Kompiter

Last skali gua on kompiter gua masa pagi Jumaat. Kepala otak masih hanyut2 macam siput minum brady. On kompiter pakai kaki dengan hajat nak taip entry. Sementara tunggu kompiter boot, gua tido sampai bilal mesjid panggil ajak semayang Jumaat. Seingat2 gua, lepas balik semayang, sempat2 juga shut down kompiter time tengah kalut2 berkelahi dengan masa nak tachap bulu mata nak gi opis. Power consumption.

Hari Sabtu. Member gua yang tak-berapa-nak-member-sangat-tapi-member-laa-jugak talipon gua mintak tolong copy file dia yang dalam kompiter gua dalam pendrive dia. Kompiter gua takleh bukak dia kabor. Ada passwed. Gile tipu!! Menjak zaman belajar, kompiter gua memang champion bab2 berkhidmat untuk masyarakat nih. Senang2 gua bulih pahala sampingan kasi member2 pakai wat macam rete sendiri. Takde sebab langsung gua nak taruk passwed.

Sampai umah, gua terai on gua punya kompiter. Memang betul kena masuk passwed. Demm~ Nasib baik member gua tak brani nak bet tandoori nan tadi. Gua ada juga buat tangkapan muat, tapi saspek berjaya dalam inkues bela diri. Cilakak~ Sampai hari ni gua tak bulih login kompiter gua. Ada sape2 bulih tulung...??




Kisah Tiga - Opis

Pagi tadi time gua tunggu lif nak naik opis, Pak Gad sama Makcik Kliner senyum manis2 kat gua. Tebiat!!



.

August 10, 2009

Hikayat Tali Bra





Malas nak teropong kalu, terus baca di bawah.
Kisah benar di JJ AA.


Saya nak beli bra, saiz yang saya nak tinggal 1, tapi bra yang saya nak itu tak ada tali.Lepas tu, saya taya staff kenapa tak ada tali. Staff itu tanya balik saya betul tak ada tali ke? Saya rasa dia merasa curiga saya curi tali bra itu. Saya rasa tidak dihormati. Sikap staff itu tak baik. Dia campak bra itu semasa cakap dengan saya. Staff itu terbaikkan iapunya ID.





Baru gua tau, menatang tu pun pesen multipurpose rupanya.
Agak2 apa lagi guna tali bra ye??



.

August 6, 2009

Battery Full

.


Peh... Rangupnye istirehat.

Kompiter baru format pun xde lega macam gua skarang ni gua syak. Makan sedap2. Tido enak2. Henpon gua kasi Cik Sona pakai. Nasib baik tak luak kredit. Sori lah. Tu memang petua istirehat-yang-paling rehat yang gua penah blajar kat kelas jawi kampung gua time kecik2 dulu. Memang mujarab!

Trimakasih lima gerabak kat sesape yang cakne. Tak payah risau. Gua belom lepas tahap mentally disorder lagi. Gua tunggu juga brader posmen datang bawak kotak tapi takde seketul pun adiah sampai. Takpe. Gua pesen sporting. Wish kat sidi-situ-sana-sini pun gua kire dah berbaloi2.

Tapi dalam banyak2 es-em-es sempena hari besar gua semalam, gua berkenan benor dengan yang satu ni. Pelik lain macam...

Siapa tlepas la dolce arinih,
tidak guna baginya hidup di muka bumi.

-azrie019-


Untuk bukti injuksi yang lebih humor, meh gi belog dia. SINI.




**************************************************



Dalam serabut2 akal semalam gua lupa nak main tuju2. Nasib baik Cekgu Asang kasi ingat.
Gua tujukan lagu nih kat Paiseh.. yakni gua.
Meh.. sing-along skali~




Iklan raya PNB pun pakai lagu ni.
"mana baju..??"




*gua dah tempek tag fesbuk tu. nak kasi sampai lima ribu kontek. sila beri kerjasama.

August 5, 2009

Tending To Explode


Dah dua hari gua keje melampaui kemampuan manusia normal. Hari ni 5 Ogos. Hari Rabu. Gua jadi sangat tak baik. Mood jadi cenderung nak bertempur. Maaf lah. Gua nak recovered. Mungkin 5 Ogos tahun depan gua hepi. Kalu panjang umor la.

Trima kaseh kepada yang kasi ucapan dan sapot. Nanti kalu ada rezeki gua kasi Acapan...

August 3, 2009

Sembang Bantal

.


Bertemankan cahaya lampu jalan. Berlatarbelakangkan masjid Taman Ilmu dan Budi, Q dan J duduk lepaking di satu port sedap2 duduk buang masa. Tiba-tiba, terkeluar satu topik hangat yang sering diceritakan oleh mereka setiap kali bertemu.


Q : Sab, kau tau tak,bila dah keje nanti, ada 3 jenis pompuan je yang kite akan jumpe.

J : Hmm... Apadia??

Q : Pompuan yang workaholic, pompuan yang dah kawen... dan lesbo. So, mane satu kau nak pilih?

J : Ermm... Aku suka yang....

Q : Yang available pompuan workaholic je. Kalau pompuan workaholic, kawen lambat. Tak kan kita nak kawen lambat kan? Sebab tu, orang kate kalau nak carik makwe, carik waktu belajar. Nanti dah keje susah.

J : ....

Q : Betul tak??

J : Tapi.. aku suka janda...





*terima kasih kak sab!

Gua Dengan Pak Gad Memang Musuh Ketat. Macam Fouziah Ghous

.


"Nak ke mana?? Ada tag?" tanya Pak Gad kat gua yang baru masuk lif sambil tahan pintu yang agak nak penuh dengan makwe pagi2 tadi. Macam gua ni muka Nordin Mat Top!

Nak je gua kasi jek kat tulang rusuk dia satu kali.
Nasib baik pagi. Gua cool.





*gua dah suruh pairin jawab komen entry lepas. gua takmo tanggungjawab.