October 23, 2008

Alam...

Pada pemerintahan Maharaja Zhou, dinasti Shang mengalami zaman pemberontakan rakyat yang tidak puas hati dengan corak pemerintahan yang bersifat zalim, kejam, brutal, gila seks, cukai tinggi (lintah darat), pilih kasih dan semua sifat yang jahat. Ji Fat yang lahir daripada keluarga bangsawan (Duke Ji Chang) pemerintah bahagian barat China dibawah kuasa Maharaja Zhou ditakdirkan dapat menumpas pemerintahan zalim Maharaja Zhou tersebut.Ji Fat menjalani dan menghadapi kehidupannya dengan penuh kesabaran serta mengalami pelbagai kesusahan dan kecelakaan yang menimpanya. Setelah menilik mimpinya (tilikan bintang), Maharaja Zhou telah sedar ancaman dan bahayanya Ji Fat di dalam pemerintahannya. Lalu baginda memerintahkan Duke Ji Chang mempersembahkan Ji Fat ke istana sebagai ganti tawanan terhadap abangnya, Ji Kao yang tinggal di kediaman istana.(sebenarnya...dia tu nak bunuh Ji Fat). Akan tetapi Duke Ji Chang yang terkenal dengan sikapnya yang taat setia kepada Raja telah melangsungkan upacara pemujaan terhadap Ji Fat selama tujuh malam untuk menjauhkan bahaya yang akan menimpa anaknya itu setelah dia juga menilik petanda-petanda semasa Ji Fat dilahirkan.
Bermula daripada pemujaan terhadap Ji Fat sehinggalah perjalanan ke istana, Ji Fat diduga dengan penuh pancaroba. Ji Fat telah mempelajari "Hikmat Alam Semesta" daripada bapa saudaranya Rahib Esa disamping tunjuk ajar bapanya sendiri. Malahan semasa di Kota Khayalan, Ji Fat turut juga mempelajari "Hikmat Kubah Berdarah", sejenis hikmat yang dikuasai oleh Tuan Punya Kota Khayalan, memperolehi Hikmat Pembalikan Bumi dan Angkasa oleh Rahib Esa dan juga Hikmat Pedang Kayangan. Ji Fat dibantu oleh Tok Jiang atau Jiang Ziya yg terkenal dalam sejarah purba China (pakar Ilmu Limunan) dan anaknya Jiang Chong, Tok Bulu Hijau, Ji Kao (abangnya yang dipengaruhi roh Ifrit Utama) dan lain-lain lagi.
Akhirnya pertarungan dengan Maharaja Zhou tidak dapat dielakkan lagi setelah berjuta-juta rakyat mati termasuklah jaguh-jaguh handalan seperti Ji Kao,Tok Bulu Hijau, Duke Ji Chang, Rahib Esa, Arya Mara, Ifrit Utama, Siluman Angkasa dan lain -lain lagi dalam pertempuran yang menggegarkan bumi dan angkasa. Ji Fat yang ditemani oleh Pedang Kayangan berazam akan menghapuskan Maharaja Zhou yang zalim bagi membebaskan rakyat daripada kuasa zalimnya di samping melunaskan hutang darahnya atas kematian kaum kerabatnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku rindu alam2 komik...



.

6 comments:

  1. layan komik lagi ke nih?

    he he....







    .

    ReplyDelete
  2. aku layan Pedang Setiawan... berangan nak jadi pendekar tanpa nama

    ReplyDelete
  3. salam...ai awk...eh sy pon peminat komik...ade gak la buat koleksi... komik senjata minteri... dewata raya... ermmm ade la 2-3 lg...

    ReplyDelete
  4. tasikmerah - dah tinggal tapi nak layan balik.huhuhu..

    kemat - aku pon berangan nak jadi ji fat. ramai awek oo...

    cik iman - spesis yg jarang2 dijumpai nih. hahahaha..!!

    ReplyDelete
  5. eypppppppp

    walaweh. yang alam perwira nih, ai selalu cilok baca abang ai punya..layannnnnnn wooo..best!

    ReplyDelete
  6. gua layan gak komik tu..lu deskrip full gini bikin teringat balik..hehehe gua baca tak ingat pe2 langsung..syabas bete!

    ReplyDelete