July 16, 2009

Ada Orang Hantar Toyol Umah Gua ke??

.


Minggu ni giliran gua keje petang.
Biasanya ruang istimewa waktu pagi, gua bantai tido sampai tak larat nak tutup mata.

Tapi ari ni, belum 9:30 pagi gua dah tekejut. Takleh nak tido.
Celaka. Menatang mana duk gigit tetek gua.
Pedih!

July 14, 2009

Bertamu Di Kalbu

Sesungguhnya gua tak tau nak bagi tajuk apa.



Jalan-jalan di Universiti Selatan sementara menunggu majlis sanding2 Fahrin Samat. Betul2-betul berjiran dengan majlis walimah. Itu jam juga baru gua tau ada juga penempatan dekat2 situ. Tak laa jin nak bertendang sangat kat Universiti Selatan rupanya.

Misi jalan-jalan dikolaborasikan dengan aktiviti memantau siswi2 universiti. Tapi sikit tawar. Panorama tak indah mana. Hari minggu mungkin. Siswi2 dah gi deting. Tak pun belum bangun. Singgah kat satu dua bangunan kantin yang lebih kepada rupa bangunan Arked Mara, baru laa cerah sikit mata sekor2. Macam2 pesen ada. Gebu. Amoi. Study. Muslimah. Kapel. Ketat. Yang pesen tak mandi pun ramai. Dua tiga round juga order air.

Agak2 majlis sanding nak stat, baru laa ingat nak balik. Tapi sekor pun tak ingat jalan keluar. Gua memang susah nak kenal2 jalan. 12 kali gi Low Yat pun blom tentu gua tak sesat kalu nak gi lagi. Prosper yang jadi drebar sama Abuzar dan Cupin nak main agak2. Cilakak! Sudahnya, berhenti tanya satu makwe kat bus stop. Bersungguh2 beliau kasi ekspelin. Ada lagi dua makwe yang sama tunggu bas nak menolong juga. Muafakat sungguh siswi2 Universiti Selatan ni. Mungkin sebab rasa bertuah kasi tolong pakwe kacak2 ni. Lepas Abuzar kasi satu senyum darah manis, pencarian diteruskan. Nombor telepun tak dapat pun.

"Kut mana dia bagitau tadi? Stret kan..?" sang drebar yang tak ambik perhatian langsung tadi kat penerangan. Lebih ke mengushar.

"A'ah. Jalan ni.. gi stret. Sampai simpang tu belok kanan." Abuzar. Muka masih merah.

"Kita belok kiri" si drebar kasi cadangan. Stereng kat tangan dia. Kaedah paling berkesan nak bertegur sapa.

Abuzar gosok2 muka kasi hilang merah. Cupin buat kemasan rambut. Gua follow saja.





..............................................




Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bulih tahan juga penat dia. Sekor2 dalam kondisi siput-tolak-kerusi dia punya level. Tapi nak tak nak kena balik juga. Gua dengan kerja takleh kompromi langsung.

Makanya untuk perjalanan selamat, satu klip Sumpah berjaya di'smuggle'. Tu pun lepas tak tau apa zikir lagi yang blom baca. Sedap2 vokal melontar juga. Cuba lah!



Jangan tiru aksi ini dengan pemanduan solo.
Bahaya tak patut.

July 11, 2009

Tewas Sudah Anak Samat


Berita panas. Pelamin pun masih belum dirombak.
Fahrin Samat berjaya menewaskan diri sebagai anak bujang untuk menjadi bapa budak. Malam bujang terakhir diraikan bersama mi rebus Hj Wahid secara solo. Klik losers VWM bersimpati dengan merepeat aktiviti berkenaan jam 9.30pm Johor Local Time.
SELAMAT PENGANTIN BARU.MOGA .MALAM PERTAMA X TERBURU2.



*abaikan pengapit. mereka hanya menjalankan tugas.

Memang Sedap2 Melepak Kalu Petang2 Duk Kat Port Kapal Layar

.


Sepetang di Tanjung, Kuala Terengganu...


Sidek : Mu nak jupe Jamal wat mende?

Gua : Nak tanya kete aku. Enjin aku bebunyi la.

Sidek : Kalu tak bunyi nak jalan macamana??

Gua : *eksesais lengan...

Sidek : Kete aku ada problem jugak.

Gua : Bakpe kete mu? Injin jugak ke??

Sidek : Minyak abis sokmo. Aku isi2.. abis. Isi2.. abis. Abis duit isi minyak je...





Petang tu Sidek makan kerusi.

July 10, 2009

Gua Sibuk Macam Labah-labah

.


Prosper : Bulih buat teka teki ni...


Gua : Apa dia..?

Prosper : Manusia apakah paling lucah dan bertudung tapi tak ada video lucah..?

Gua : Hmmm.. bulih juga tu.



Tak sopan betul budak Kaisara ni.
Ada dia je misti kuar topik datang bulan...




.......................................................................



Al (Al-Ghazali). El (El-Jalaluddin Rumi). Dul (Ahmad Abdul Qodir Jaelani).
Keren sekali nama kamu dong..!


Umah gua skang ni tengah havoc dengan lagu anak2 Dewa ni.
Cool juga tenguk budak2 ni main. Tapi cita2 sekor2 bukan nak menyanyi tapi nak japi pemain bola nasional. Patut laa bola indon lebih terer. Padan muka Ahmad Dhani. hahahahaa..!!
Kat Mesia, budak2 sibuk nak masuk Tom Tom Bak. Macamana sukan nak maju..? Bakat kunun... hak tuiii!!
Lagu dia pun memang bulih kasi letup lah.Tapi stended laa Indon. Satu lagu je le yang betul2 bulih bubuh sampai putus tali kaset.Tajuk dia Bukan Superman. Memang ada juga sentimen kekeluargaan dia. Sayang bapak.
Yang baik gua ambik.






Tapi...
Video kat bawah ni memang tahap Superman.
Dah dua hari kasi boom kat fesbuk.



Ya. Kugiran Sumpah sudah kembali...





July 8, 2009

Kenapa Makwe Tu Beli Timun??

Ekonomi gua bulan ni sangat meleset. Belum separuh bulan, gaji gua dah tinggal tak sampai suku. Nak tak nak kena la jalankan operasi catuan makanan a.k.a masak sendiri. Macam2 resepi ada dalam batu jemala gua. Itu masak kicap. Ini masak lemak. Sup itu. Goreng ini. Itu sambal petai. Inipaiseh... Gua bertenang banyak2. Sume salah Singular la ni. Ajak gua tengok cenel 703 Estro.

Last2 gua petik satu resepi bajet-tradisional ala Terengganu urban. Ikan Singgang. Kalu dulu nak buat tak susah. Gua cari barang. Che Hassan yang masak. Made in Manir. Bulih kire menyeggal juga kalu kolaborasi dengan gua punya sambal belacan. Tapi sejak beliau dah kawen, tinggal la gua kung-kang-kung-kang kat dapur sorang2.

Bahan wajib mesti laa ikan. Lain2 bahan tak susah. Asam keping. Bawang putih. Kunyit. Garam gula secukup rasa. Dan lagi satu item yang gua rasa konpius sampai mati. Lengkuas. Kalu lu orang terer, terai laa teka.




Mana satu lengkuas, mana satu halia..?
Gua dah salah petik. Malu juga kat brader jual sayur.
Dah laa ada makwe cun kat sebelah beli timun.





July 7, 2009

Pagi Pagi Gali Gali

Celik mata. Kaki meraba. Buka kompiter.
Masih dalam mood lena.

Gua golek kanan. Gali gali gali gali gali gali... takde.
Gua kona kiri. Gali gali gali gali gali gali gali... tak jumpa.
Menirap. Gali gali gali gali gali gali gali... takde juga.

Cilaka~ Mana pegi incik ilham nih..?? Semalam banyak sangat nak citer...
Ni dah lari ke mana hala ntah.

Sori lah. Citer gua dah merajuk. Takde entry hari ni.





Oh ye. Tumpang tanya. Chan Sow Lin kat mana??

July 5, 2009

Bangkit Asal Finale


Rasa sedap pula hapdet belog pakai henfon murah tapi canggih gua ni. A'ah. Gua dah kat kolumpo. Cik Sona pun masih bau tempoyak. Macamana nak kasi jadi bau ubat ketiak balik a?

Duk baca komeng2 lu orang 2 3 hari ni macam cilaka! Terbantut nafsu gua nak reply. Gua x larat. Banyak mengarut. Gua pun banyak2 la mencarut.hahahaha!

Gua cek dalam meja kosmetik ni ada lagi sebenier dari Singapura itu hari yang gua tak tau apa motif gua duk beli. Pikir2 balik bulih pahala juga kalu kasi sedekah kat lu orang.kan?kan? Ada sape mau? Gile tak demokrasi kalu gua senang2 kasi. Jawab soklan la dulu. Baru nampak tak kapitalis sangat dak?

APA NAMA KAMPUNG GUA?

Pemarkahan berdasarkan prinsip 'first come duk belakang'. Gua sangat seriyes nak kasi sebenier ni. Jawab molek2. Kalu taknak, jawab huduh2. Esok cekgu paiseh rait!

July 4, 2009

Bangkit Asal 4


Hok ni bagi ke kak nani.. Hok tu bagi ke arih. Mu ambik hok abah ikat lima tu. Cukup?

Utk budak2 umah cukup la. Nk bagi ke member2 bloggers x cukup ni.

Menatang mende tu?




*sori. abah gua x knal lu org.so tadek durian.hahaha!
**gua menaip smbil drive.gile bosan balik sorg2! kete pn bau tempoyak je..

July 3, 2009

Bangkit Asal 3


Jangan datang smayang jumaat kat kampung gua kalu tak larat duduk lama2. Imam baca khutbah gagap. Ada sindrom parkinson kat pangkal lidah gua syak. Macam cakera padat cetak rompak gred C. Lu orang bulih imajin sendiri macamana suasana pagi raya kat kampung gua time beliau jadi imam. Lagi cenderung ke bergaduh jadinya.








*becakap je xleh masa dengar khutbah kan? apdet belog xpe kan? kan?

July 2, 2009

Bangkit Asal 2


"Ayam ni kalu x cincang nyior halus2 gini xnk makan. Jadi pesen malas blaka ayam umah ni. Bakpe xtau." abah gua buka topik diskusi ilmiah.

"X bagi jagung ke bah?" kalu xsilap dulu slalu je gua kena beli.

"Jagung bagi ke anak2 kecik je. Anak pun tinggal sikit dah. Kena baham di bewok la, siwoh la, malam2. Tu hok baru menetas tu dulu sepuloh ekor. Leni tinggal pat lima ekor je. Kena wat lari. Jahat sunggoh la." makin kejam tangan mencincang.

Tiba2 gua teringat satu seloka kanak2. Gua buka langkah mencuba tarian tradisional di tengah2 kumpulan ayam.
"Anaklah ayam, anak ayam turun sepuluh. Mati seekor, mati se..."

KUK!!!

"Jangan la gi kacau ayam nak makan tu..!"






Gua usap2 kepala. Solid juga ulu kapak rupanya. Nasib baik bukan mata.

July 1, 2009

Bangkit Asal


.Dari atas... Sayur rebung. Ikan goreng. Setongkol ayam gulai. Dan set budu+tempoyak. Ini baru true kampung! Tak sesia gua x berenti makan kat 7 perhentian lebuhraya. Dari kolumpo asik kemam cokelat je wat bekal kasi cargas. Petua Nadal.

Lepas pekena nasik...gua kasi taram durian pula. "Hambik...nak sangat."kata abah sambil baling tiga bijik. Selamba gua ambik pakai kepala. Bikin koktel durian pun sedap juga wat desert. Baru la keasyikan urban.

Hasil dia...lepas jamak magrib gua terus shut down sampai pagi. La Dolce pun gua termiss ni. Hapacerita Prosper?