July 14, 2009

Bertamu Di Kalbu

Sesungguhnya gua tak tau nak bagi tajuk apa.



Jalan-jalan di Universiti Selatan sementara menunggu majlis sanding2 Fahrin Samat. Betul2-betul berjiran dengan majlis walimah. Itu jam juga baru gua tau ada juga penempatan dekat2 situ. Tak laa jin nak bertendang sangat kat Universiti Selatan rupanya.

Misi jalan-jalan dikolaborasikan dengan aktiviti memantau siswi2 universiti. Tapi sikit tawar. Panorama tak indah mana. Hari minggu mungkin. Siswi2 dah gi deting. Tak pun belum bangun. Singgah kat satu dua bangunan kantin yang lebih kepada rupa bangunan Arked Mara, baru laa cerah sikit mata sekor2. Macam2 pesen ada. Gebu. Amoi. Study. Muslimah. Kapel. Ketat. Yang pesen tak mandi pun ramai. Dua tiga round juga order air.

Agak2 majlis sanding nak stat, baru laa ingat nak balik. Tapi sekor pun tak ingat jalan keluar. Gua memang susah nak kenal2 jalan. 12 kali gi Low Yat pun blom tentu gua tak sesat kalu nak gi lagi. Prosper yang jadi drebar sama Abuzar dan Cupin nak main agak2. Cilakak! Sudahnya, berhenti tanya satu makwe kat bus stop. Bersungguh2 beliau kasi ekspelin. Ada lagi dua makwe yang sama tunggu bas nak menolong juga. Muafakat sungguh siswi2 Universiti Selatan ni. Mungkin sebab rasa bertuah kasi tolong pakwe kacak2 ni. Lepas Abuzar kasi satu senyum darah manis, pencarian diteruskan. Nombor telepun tak dapat pun.

"Kut mana dia bagitau tadi? Stret kan..?" sang drebar yang tak ambik perhatian langsung tadi kat penerangan. Lebih ke mengushar.

"A'ah. Jalan ni.. gi stret. Sampai simpang tu belok kanan." Abuzar. Muka masih merah.

"Kita belok kiri" si drebar kasi cadangan. Stereng kat tangan dia. Kaedah paling berkesan nak bertegur sapa.

Abuzar gosok2 muka kasi hilang merah. Cupin buat kemasan rambut. Gua follow saja.





..............................................




Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bulih tahan juga penat dia. Sekor2 dalam kondisi siput-tolak-kerusi dia punya level. Tapi nak tak nak kena balik juga. Gua dengan kerja takleh kompromi langsung.

Makanya untuk perjalanan selamat, satu klip Sumpah berjaya di'smuggle'. Tu pun lepas tak tau apa zikir lagi yang blom baca. Sedap2 vokal melontar juga. Cuba lah!



Jangan tiru aksi ini dengan pemanduan solo.
Bahaya tak patut.

22 comments:

  1. Universiti Selatan tetap di hati.

    hahahhaha...tiba² :D

    ReplyDelete
  2. hahaha....
    masing2 sengal mak enon...
    kekkeke.....

    ni nak kena repot abam polis...
    3 orang tak pakai tali pinggang......
    sebab ukur lilit pinggang masing2 besor...

    hahhaha

    ReplyDelete
  3. gua malas nak tengok video tu.. buang masa.. gua nak komen pasal tajuk.. ada bau-bau jiwang sikit.. apa kena lu ni?

    ReplyDelete
  4. jangan-jangan!

    jangan tak nyanyi lagi...hahaha

    ReplyDelete
  5. to abgpit..
    tu br tajuk jek jiwang..
    kira intro la tuh..
    sok2...blog nih kompem² jd blog jiwang...
    hahahahaah!!

    ♥ seh...lempang slow2 ek.. :P

    ReplyDelete
  6. hmm.. komen dulu baru baca.. eehehehe...

    ReplyDelete
  7. camno x reti bab2 jln ni...kansel laa nk bwk lu g jepun hahahaha!!

    ReplyDelete
  8. siswi universiti selatan memang baek2 dan manis2.

    bekas siswinya pun begitu,muahahaha

    ReplyDelete
  9. okeh.. jenuh lah gua nk direct lu dtg melaka nti. hehehehe.




    seh..
    lu mabuk asam?
    apakah?

    ReplyDelete
  10. amboi2~

    sedap2 mengutuk universiti selatan~

    rasa terbakar di hati~

    ReplyDelete
  11. universiti selatan? ada ke?

    muka kau ada ke dlm video tu?

    ReplyDelete
  12. hahahhaha..cam harem..
    tp boleh ilangkan ngantok ms drive..
    cm sumbang jela~~

    ReplyDelete
  13. sharamli - dah tiga round.

    hanie - kugiran 60an takde video klip dalam kete..

    mrblind - lu buat lah.

    fafarafa - ye la.. simpan elok2..

    yanie - bukan mcm tu. kami rebel. tu je. hahahaha..!!

    abampit - baguh2. baik jangan tengok kalu xde masa. takde apa dengan tajuk. gua masih rebel...

    naddy - lu kunci tak??

    hanie - pelepek...! *lempang pakai sudip

    jard - terpulang kpd kekdah masing

    ReplyDelete
  14. ierma - jalan kat jepun lagi tak best. byk rosak. ultraman lawan resaksa.

    azie - siswi tu gua pecaya laa sbb dh jumpa. bekas siswi gua takleh nak kata..

    periperi - gua? melaka?? what... ahh.. asam memang awesome! hahaha....

    zara - cepat2 gi minum ais nu..

    patung - takde. baik jangan tengok.

    sharip - sumbang tu la menyumbangkan kepada x tido. hahahaa~

    ReplyDelete
  15. ahhaha..

    aduu la.. masuk raja lawak la komeh semua!

    ReplyDelete
  16. bertamu di kalebu?
    bertamu di kelabu?
    bertamu di Malibu?

    lu pilih.

    pasti hilang sugul malam ini.

    ReplyDelete
  17. dah apply akademi fantasia?
    gua tgk sekor2 ada harapan..

    ada harapan dibenci masyarakat..

    ReplyDelete
  18. aku dah tengok dah pun...hehehe...best la kawan2 kau...

    re: tak jumpa lagi laa tu..
    sama pesen ngan gua la..

    kita serupa....:-)

    ReplyDelete
  19. aliff - ini terapi cara bujang.

    pamia - Malibu tu sedap2 dengar juga..

    jo - ahh.. mintak jauh. dakyah kapitalis sume tuh.

    patung - kadang2 je best. masa lain busuk.
    re : ada jalan nak selesai x??

    ReplyDelete