September 4, 2009

Rumah Gua Sudah. Lu Orang Bila Lagi?

.



Bentangkan...



Dekorasikan di feature wall (bak kata Erik Botak)



Tampalkan. Pakai selotep pun jadi. Asal melekat.



Berkira2 berapa bundle lagi kena borong untuk memenuhi ruang rumah.



Berbangga dengan hasil kerja sendiri. Lepas ni beli panjut pulak.


















Dalam kemeriahan, masih ada insan di atas sedang bertilawah interaktif.



September 3, 2009

Membazir Je Gua Sembur Minyak Wangi Tiga Kali Hari Ni

.


6:56am gua sampai bangunan opis. Laju2 gua jalan mau kejar pukul tujuh. Sampai lif, ada makcik kliner tengah tunggu lif utiliti nak angkut barang2 cuci.


"Mari sini budak kecik. Naik lif ni pun bulih juga..." gua rasa macam Orked dalam Gubra bila kena panggil macam tu. Memang biasa makcik kliner ni.

Kejar ke thumb print punye pasal, gua follow.

Sepanjang dalam lif, gua terpaksa tahan napas. Macam jumpa antu cina yang lompat2 tu. Dah lah banyak kali berenti. Seksa woh! Gile babi busuk dia punya persekitaran. Lu orang nak tau macamana? Try laa cium saki baki makanan celah gigi time baru bangun tido. Macam tu lah.

Gua yang dari rumah tadi macam Aaron Aziz tiba2 rasa macam Thomas Narayanan.

September 2, 2009

Bersahur Di Kubor

Makwe Ambik Order : Minum apa?

Cupin : Bagi saya.... kedai ni menarik lah.

Singular : Air la dol..!

Cupin : Oo.. bagi saya neskepe ais.

M.A.O : Makan...?

Singular : Nasik putih lima, satu tomyam Pok Tek...

Cupin : Apa tu...?

Singular : Tomyam tetek babi.

Cupin : Aaa..??!!

Singular : Pork bahagian tetek.




Macam setan kan budak2 ni main2 ngan rezeki...



Pok Tek paling true boleh didapati di kubor, Gombak.
Ekceli fudkort. Dekat2 tu ada kubur.
Takut?? Ciss.. Macam budak2...!


August 31, 2009

Belasungkawa



Sagun. Pisang jemur. Lempuk durian. Bubur lambuk. Daging kunyit. Ketupat palas. Pulut lepa. Nasi dagang. Baulu. Laksa kuah masak. Pulut nyior. Nekbat. Puteri mandi. Ketupat sotong. Lempeng. Ikan kering. Minyak nyior. Ais krim soda dalam botol.


Dah lama gua tak pekena juadah2 ni hasil air tangan gua punya tok. Dan takkan bulih rasa dah.

Al-Fatihah untuk Aminah@Munah binti Yusof.
Ke Rahmatullah jam 2 pagi tadi.
Gua redha. Dah uzur sangat. Biarlah tok bertenang kat sana. Jumpa arwah mak.
Insya'allah~










*apa merdeka merdeka?? nak kena lempang??

August 28, 2009

Satu Malam Di Malinja...

Brader Satu : Ayam nak yang mana bang?

Brader Dua : Nak kepak belah kanan. Yang takde bulu ketiak ye...









Gua tolong brader satu belasah ketiak brader dua pakai garpu.

August 27, 2009

Pagi2 Gua Dah Rasa Champion

.


Time balik keje, gua selalu lalu jalan besar tiga lorong dekat tepi2 kolumpo nu. Satu pagi time gua balik kerja, tak tau kenapa jalan tu macam kosong. Lengang. Cuti sekolah gua syak. Belah kiri tengah sarat kereta dan motosikal duk tunggu lampu isyarat hijau. Van Smartshop pun ada. Simpang tiga. Area tu memang hadkore juga lah dia punya jem hari2. Suasana nak pergi kerja. Sekor2 muka bantal.

Dengan kelajuan tokoh kira2 20km/j, gua steady memacu motosikal mini melintas kat depan sambil lambai2 ke kiri.

Peh... dia punya feel. Champion!!
Dua tiga orang makwe kelisa siap kasi flying kiss.







Gua nak kasi nama jalan tu, Lebuhraya Karpet Merah lah.


*jgn buat2 blur. gua kije syif. biasa lah balik pagi2.

August 25, 2009

Lima Perkara Yang Membatalkan Puasa Versi Rebel



1. MEMPERBAIKI KOMPUTER YANG ROSAK

- apabila anda memperbaiki komputer di rumah seorang gadis lalu beliau memberikan anda segelas air utk diminum, lalu anda meminumnya.

2. BERTERIAK-TERIAK DI SIANG HARI
- ini juga mampu membatalkan puasa, jika anda lakukannya sambil memakan megi. Apalagi berteriak teriak sambil melakukan hubungan intim.

3. MEMBACA BUKU PELAJARAN
- ini serius mampu membatalkan puasa. Ketika anda sedang mengulangkaji mata pelajaran biologi, lalu anda tertidur dan mimpi basah. Sementelah lagi membaca buku porno.

4. DUDUK
- duduk sambil makan nasik goreng kampung juga mampu membatalkan puasa. Lebih2 lagi duduk sambil mengurat bapuk sambil terlanjur dengan bapuk tersebut.

5. BLOGGING
- melayari laman blog pun boleh membatalkan puasa sekiranya anda membaca entry ini sambil mengunyah kacang jawa.




*edit dari gua punya arkib lama kat planet lagi satu.

August 24, 2009

Pengalaman Hari Pertama Berbuka Puasa Tahun 1430H

Pukul lima setengah hari Sabtu tu, gua siap pakai smart2. Parfum gua kasi pat kali sembur. Baru solid. Obat ketiak gua tak lupa. Misai gua kasi trum halus2.

"Daus, jom!" gua ajak satu2nya housemet yang tinggal. Tiga yang lain semua balik kampung. Konon.

"Laa. Aku kuar ngan awek aku lah" jawab dia. Tangan masih tekan fesbuk.

Malam2 bekelahi tak sudah. Siang2 nak geli2 pulak. Macam cilaka!

Dah alang2 menyemat, takkan nak kensel. Gua ambik kunci motor, terus tutup pintu kuat2. Kasi Daus rasa bersalah sket. Hari pertama puasa tak true laa kalu tak pegi bazaar Ramadhan.

Baru habis korus Isabella, gua sampai kat simpang Wangsa Melawati. Jem toksah cakap. Takde kesedaran langsung sekor2. Tau tempat sedap2 lalu je bawak kete jugak. Kesian bas. Nasib baik Incik Igo gua sedap2 menyelit. Banyak juga masyarakat ushar dengki. Juadah? Macam2 pesen ada. Roti jibraun. Kebab. Laksa. Lauk nasik. Kuih2 tradisional. Air soya panas. Nasik ayam gedik. Popia. Memang sebijik macam bazar Ramadhan.

Agak2 dah lama kat situ, gua pegi Lembah Keramat pulak. Tak sesolid mana. Tapi dia punya juadah memang sedap sikit. Bulih pecaya la kalu nak banding dengan yang tadi. Gua dah justified tahun lepas. Tengok tapewer pun gua dah tau. Mee goreng basah. Ayam golek. Tepung pelita. Roti bom. Air tebu. Lebih sedap dari port tadi.

Dah puas round2 kat situ gua pegi bazaar Taman Melawati. Peh.. ini port memang terbaik dulu, kini dan selamanya. Punya lah ramai masyarakat. Dah level perarakan Hari Kebangsaan dah. Dah besar tu macam2 pesen kuih ada. Kabor je nak apa. Murtabak. Ikan bakar. Briyani gam-gam. Kastard. Nasik kera (bu). Itik serati. Air katira. Air buah-buahan. Gile.. tak abih kalu gua nak tulih. Paling solid kat situ, dia punya makwe. Nak pesen apa semua ada. Muslimah. Eropah. Panjang. Katik. Rambut penyapu. Ketat. Gebu. Tali halus. Sluar kecik...
Tinggal rangka laa lu punya pahala.










Gua?

Tak beli apa2 pun.
Pukul 7:15 gua start moto pegi mesjid.
Gile rabak jiwa nak buka pose sorang2.



August 23, 2009

Bijak Belanja

Balik dari ritual bulu tangkis tadi gua terus cari nasik. Gile punya penat. Main dua jam. Tiga orang. Ramai tak mari. Takde syiar Islam langsung pakai alasan puasa. Macam Bambang Suprianto gua punye berpeluh. Dah laa buka puasa ala darurat. Gua oder satu tomyam campur sama nasik beras cap Burung Pipit. Air tembikai. Bungkus.

"Lape* duo" kabor mek Kelate tukang kuli kedai sambil hulur tapauan.

"Ada sokmo sekeleng**." gua belagak marah sambil hulur not sepuluh. Dah lapan kali sebulan mari makan pun nak berkire. Gua mogok kang tak jalan pulak bisnes. Macam pakcik spageti sebelah. Dah dua bulan tak nampak meniaga.

"Nah. Duit cucur***. Jual deh." mek Kelate tadi hulur dua ringgit. Gua bagi dia dua posen.

"Takpo lah. Lape riya jah." jawab dia. Muka halal-makan-minum.

"Lor. Kalu potong hok lape tadi, bayar doploh sen. Bulih?" gua cuba tawar menawar. Rugi pulak rasanya gua punya urusniaga macamni.





tatabahasa kelate :
*lape - lapan/lapang
**sekeleng - syiling/koin
***cucur - baki/belen

- macam tesis dah. hahahaha..!!

August 21, 2009

Entry Ala Madulebah





Gua sudah.
Lu orang bile lagi?

Terima kasih Jabatan-pegang-duit-dan-jaga-hati-staf.

Ooh. Mungkin sangat cantik untuk imej kurma.
Tengok yang ni lah.






Selamat beRamadhan Al-Mubarak.
Bukan al-Murtabak ye!

August 20, 2009

Gile Bosan Hari2 Kena Kelahi..!! Kalah Ahli Gusti Gua Syak. Chris Jericho Pun Ada Hari Bulih Rilek2.

Semalam gua kelahi lagi.

Ni betul2 kes kelahi.
Bukan kes naga.
Bukan kes mimpi.
Bukan kes objek2.
Bukan kes kompiter lagi.
Kali ni betul2 punye kelahi. Sampai bengkak2 punye organ dalaman. Kire berprofil tinggi jugak lah. Gua cuba cool sehabis kudrat. Alhamdulillah~

Ahhh...!! Gilo apo hari2 topik kelahi. Tiwi plasma lima puluh jengkal pun bulih kena sepak kalu hari2 cerita sama.
Apa.. ingat gua tadek privasi ke sume2 mau kasi kabor.heh?



Jadi...


Sekian entry hari ni.



*Mood gua agak down. Nenek kena angin. Sangat uzur. Doa sikit lah. Bleh?

August 19, 2009

Ada Saja Komposisi Alam Nak Kelahi Dengan Gua

Amaran : Untuk bacaan IT savvy sahaja. Bukan Savvy kereta tu. Ni yang terer IT. Yang tak terer pun bulih baca juga. Tapi kalu tak paham lu jangan tanya gua. Bergaduh juga jadinya kang~





Misteri pasal gua punya kompiter yang bulih-generate-paswed-sendiri-sampai-gua-pun-tak-bulih-nak-login-Windows kekal misteri. Sabar tu sabar juga. Tapi kalu dah ada kompiter takleh nak pakai baik gua jual je. Duit tu gua beli mini kompo. Dengki juga dengar spekar kuat2 bilik sebelah.

Sudahnya gua format balik. Nasib baik gua punya hard disk lama ada lagi. Weng2 dia pun sempat juga gua kasi pindah dokumen2 penting. Gile nak kasi pupus gambor2 Manchester United menjelajah itu hari. Mau lagi lima nam tahun
nak kena tunggu diorang mari lagi.

Dah selesai scene format sama install OS baru, gua install pula progrem2 mustahak. Antivirus. Winamp. Media Player. FLV Player. Downlod Manager. Last skali Mikrosoft Ofis. Perkelahian stat bila Mikrosoft Ofis mintak Kod Pengaktifan. Ntah kat mana gua ilangkan. Tapi gua cool. Bakat lanun ada. Gua cari yang pesen percuma dari internet. Mati idup semula pun gua takkan beli yang ori. Daripda wat kaya puak kapitalis, baik gua beli sepotrim.


Gua muat turun satu progrem. Keygen nama dia. Tapi dalam format compress. Senang. Pakai generet suka hati. Dah siap muat turun, terus gua esktrakkan. Bala datang melimpah2 bila kuman2 Trojan dari progrem tadi bergotong-royong serang sistem kom
piter. Lembik pakcik antivirus kena belasah. Nak angkat bendera putih pun tak larat.

Gua yang dari tadi nyanyi lagu2 Rabbani cara harmoni terus tukar tune lagu nada mencarut.




Kompiter lu orang pernah kena macam ni?? Semua progrem tak bulih jalan.
Tak termasuk program realiti TV ataupun Program Pascasiswazah.