November 25, 2009

Tekanan 720 Darjah (Entry Ala Famia)



_Gua rasa lah kan.

Laki2 dan perempuan.

Laki2 memang lebih tahu etika memandu daripada perempuan. Memandu. Misti lah majoriti nya di jalan raya. Skop memandu kapal terbang ataupun kapal selam ataupun perahu layar piala monsun tak termasuk dalam ulasan ni.

Ya. Meletak kereta juga termasuk dalam skop memandu.

Oh ya.
Ni saje gua nak kasi tambah lagi kompelin daripada Cik Pamia Kejiranan. Poin utama sila baca sendiri.

Banyak kali gua dah terkena. Di kompleks beli belah contohnya. Kawasan letak kereta. Espeseli besmen. Banyak pemandu perempuan meletak kereta secara makan parking. Petak2 yang sedia dibahagi mengikut skala kebanyakan tidak cukup besar barangkali. Mahu juga parking sampai penuh petak. Gua maksudkan sampai sempadan. Tayar duduk atas line kuning petak. Apa saiz bontot kereta lu orang berkadar terus dengan tuan punya ke?

Tu tak masuk lagi yang pesen masuk parking senget2. Menyusahkan.

Ya.

Menyusahkan banyak orang. Yang parking kat sebelah, kena masuk kereta sendiri dengan susah payah sebab kadar bukaan pintu tak cukup. Yang nak masuk parking pun susah juga. Kena sukat betul2. Tu takpe lagi. Ni yang kereta lain bersusun kat belakang. Kalu cukup 40 orang kat belakang sumpah lu jadi burung tiong macamana? Sapa nak wat balik kereta? Sape yang nak bayar ansuran? Bank nak tuntut kat sape? Nak tak nak terpaksa juga lah kena tengok aksi masuk-undur dia.

Yang pesen cermat sangat pun kasi masalah juga. Selagi tak betul2 betul koordinat bucu kereta dengan petak parking, selagi tu dia main gear undur.

Sabar.

Ya. Gua masih sabar. Kasi can.
Kalu marah perempuan kang dayus pula di mata masyarakat.

Lagi.

Di lampu isyarat. Banyak je gua jumpa pagi2. Yang pesen tak percaya sama cermin. Ada saja nak diejas kat muka ataupun tudung. Ataupun rambut. Lampu merah maknanya berhenti. Betul. Tapi salah laa kalu lampu dah tukar hijau, baru nak simpan bedak lipstik syampu hapejadah sume tu dalam beg tangan. Lepas tu orang belakang duk hon mula la kelam kabut. Cari pedal gear, jumpa henbrek. Tekan minyak pakai tak masuk gear. Lebih parah kes kereta mati. Toleransi laa sikit. Dah sampai ofis nanti tacap laa puas2 sampai melecet. Tak pun singgah dulu mana2 salun kecantikan.

Lagi.

Cukup lah takat ni dulu. Kalu ada, lain kali gua repot. Jarang benor gua nak taip entry panjang2 gini. Maaflah kalu ada yang tersinggung. Ini bukan peperangan gender. Bukan juga mengata suka2 hati. Tapi mengutuk kat mereka yang buat gua menyumpah2 kat stereng selama ni. Ya lah. Laki2 pun ada buat salah juga. Tapi tak semajor kes2 lady driver. Ye dok?

Oh ya. Lagi satu.

Ini last.

Gua rasa nak kena reka satu gejet baru lah nak gantikan tali pinggang keledar yang sedia ada. Khas untuk kereta perempuan. Ya lah. Kalu laki2 takde hal langsung. Ni kalau perempuan yang pakai... uuhhhh~ Bulih ter'ralit' sekejap laki2 kucing bila terpandang.

Paham tak ni??

Ala... Macam perempuan pakai beg silang. Macam tu lah. Mahu terbalik 720 darjah kalu tak kuat iman.

Masyaallah.

29 comments:

  1. gua setuju
    gua kalau pakai tali kledar..owh tak bleh bagitau

    ReplyDelete
  2. bole je xpakai..bile nampak polis baru pakai

    ReplyDelete
  3. biar lah tali pinggang tu.. bole juga jadi tatapan.. keh keh keh

    ReplyDelete
  4. Reka tali pinggang yang siap ada bra.

    Wakakakaka...


    oh ya..baru tadi ada sorang driver pompuan,lampu hijau,lama gila baru dia gerak.Dia lepas je lampu da kuning.

    Tensen gila.

    ReplyDelete
  5. haha.

    1. kat parking lot orang dah kuar keta, lu tau mana tu keta pompuan. selamba je redah. entah2 keta pakcik tua ke. tapi gua jarang betul nampak keta pompuan parking makan space. selalu kat carefour wangsa maju tu keta laki yg suka paking senget kat tempat illegal. gua rasa nak calarkan keta je. mentang2 keta2 yg suka carik pasal mcm tu selalunye keta sport. bajet sporty la tu paking mcm tu.

    2. tang mekap2 tu gua tak penah nampak la plak. ada ke? tak funky langsung.

    3. woi, apa maksud tali pinggang khas untuk pompuan? gua tak dapat tangkap weh maksud lu. gua pemakai beg silang tegar. err, dululah. zaman muda2 masa tengah funky2.

    4. apahal lu kena 720 darjah? 380 darjah sudah.

    ReplyDelete
  6. perghhh..nsb bek aku bkn pesen mekap-mekap, kalau x mau juge aku tergolong dlm glgn itu...

    p/s : laki2 kucing tu menda weh?

    ReplyDelete
  7. hahaha~
    lu memang seh~
    lu memang~
    eh, ada certain kereta yang bontot dia memang panjang gila~

    ReplyDelete
  8. macam ne plak kes pompuan bawak laju bro??? haha

    ReplyDelete
  9. siyes mmg btl pn..paling teruk pompuan cina pkai kete besa.Kluar ikot sukati hayah dia je..patu
    tehegeh2.
    kdg2 menguap tak tutup mulut pn leh wat kete
    thoyong hayang..heh..

    ReplyDelete
  10. 1. laki lagi ramai beb yg parking sukati. aku slalu jumpa. hahhaha

    2. hahhaha. aku sbg pompuan pon kenkadang bengang dgn pompuan yg terhegeh² kat trafik light. nk mekap kalu...benti tepi jalan aaa. jgn kaco lalulintas. hape laaa

    3. errrr...tu bkn salah pompuan kot. salah lelaki aa. sape soh tengok :p

    ReplyDelete
  11. gua pakai tali pinggang letak atas. bukan belah bawah. gua paham maksud lu.

    anyway gua stuju dengan famia. kadang2 lelaki pun ade jugak yang macam tu.

    ReplyDelete
  12. budusss..

    gua perempuan pun rilek je sarapan nasik lemak sambil memandu..jgn kata lampu hijau, lampu merah pun kereta gua jalan..

    ni nak kira mcm mana?

    ReplyDelete
  13. di lampu isyarat. aku penah jumpe pakcik tgh shave jambang dia. amacam? lbh hebat kan..

    ReplyDelete
  14. paiseh..lu tak suka driver pompuan ke? since when..aiseh...

    -otomen-

    ReplyDelete
  15. point yg last tu best ...
    tali tue nak silang belah mana pulak ?

    ReplyDelete
  16. salah sape yg cipta tali pinggang keledar ler ni...tali pinggang pakai di pinggang bukan bersilang di dada...ada phm ka...:P

    ReplyDelete
  17. ehhh.. bukan ke time lu dtg melaka jumpe gua, gua pakai beg silang? kan? sebb gua mmg bantai pkai beg tu je bile kuar.


    ape pasal gua sms sama talipon lu takdak jawab? gua rindu sama lu ni seh..


    hahahahaha...

    ReplyDelete
  18. aku atas pagar bro~
    laki ke pompuan same je.hee ^___^

    ReplyDelete
  19. rilek aa kalau mekap kat traffic lite. sama jalan pun gua buat. belum kira makan spagetti, pakai stokin, reply komen2 facebook... rilex je. baru la multitasking.
    tp gua nak setuju la point last tuh. gua tak selesa la org tenung2 rasa nak lempang.

    ReplyDelete
  20. sbb ppuan slalu mkn lot parking :
    diorg x reti parking elok2,ni dr pgalaman tengok bdk yg pass ujian memandu.alasan bdk tu "cikgu driving x ajar parking secara detail"..

    zie pon baru nak amik lesen keta.tp xtau la sejauh mana keberanian itu..hehe

    p/s: amboi,tilik ye ppuan pkai seatbelt..hmmm...tajam jugak mata hang..haha

    ReplyDelete
  21. kalau tak puas ati, panjang je lu tulis eh paiseh?

    ReplyDelete
  22. koyuki - baik lu bagitau. budak2 skang bkn snonoh sangat nak imajin yang sopan2~

    oked - polis selalu je ada kat trefic lite..

    abampit - tak. gua nka reka yg lagi seksi. keh keh keh~

    stingray - kan betul~

    famia - ahahaaa~
    1. kalu kete ada patung bayak2 ngan stiker 'awek inside' dah cukup kut bukti gua nak tuduh. hahaha~
    2. lu slalu gi keje naik lrt cmne nak nampak..
    3. tali pinggang yang tambat kat leher. bukan kat dada~
    4. sebab gua laki. keh keh keh~

    citahrudin - laki2 kucing...sila rujuk suratkabar zaman2 isu nurin jazlin.

    zara - memang laa memang. kete ua pun bulih tahan panjang juga. tapi ada jugak timbang rasa~

    fid - takleh kabor. gua pun bawak laju2 juga. keh keh keh~

    lily - oh.mcm menarik. sila buat entry. gua nak juga kompelin.

    ReplyDelete
  23. fafarafa - ehemmm~
    1. gua slalu jumpa pompuan je~
    2. boikot mekap!!
    3. benda cantik memang laa menarik perhatian. tak laki2 normal laa kalu tak tengok. hahahaha!!

    chempaka - gua pun setuju juga dengan famia. tapi pompuan lagi banyak. kut. heh!!

    jo - kira rebel sangat laa tu kena saman banyak2..? hahahahaa~

    fyza - hebat2. kalu tak nyusahkan org lain lagi hebat. tahniah laa utk pakcik tu.

    otomen - tak lah. gua suka. perangai je gua tak bekenan.

    jirah - apesal? lu punya nampak sangat ke?

    cikot - belah tengah. petak2. amacam??

    cik pida - ooo.. kena tukar nama ke? tali dada. ahaha~

    periperi - takkan gua nak sound time2 tu juga kut. gua pesen respek org weh. nak rindu2 sila ONkan rindu. ahahaha~

    ReplyDelete
  24. bias - masyaallah~

    triple x - pompuan pulak kata 'mana je laki~'

    qema - lu punya jantina?? atas pagar juga ke?

    anon - tahniah laa. kalu lu bejaya buat tanpa kasi susah masyarakat. lempang je yg sekodeng2 tu. kalu tgn sampai la. keh keh keh~

    zie - jangan salahkan cekgu paking. belajar laa pakai inisiatif sdiri. tu pnkalu xnk kena maki2 la.. gudluck!

    speedrider - gua tiru famia. dia punya entry tak penah pendek2. heh!

    dzul hafixi - jadi bola gimnastik pun best juga. hahahhaa!!

    ReplyDelete
  25. kadar kemalangan makin meningkat..sam dgn ratio perempuan : lelaki. especially point last..memg ble menyebabkan kemalangan.hahak

    ReplyDelete