June 30, 2009

Benda Baik Memang Patut Dikongsi... Kan? Kan??




Gua syak ramai lagi yang tingin nak tengok filem paling rangup tahun ni...TRANSFORMERS2.

Ntah macamana tadi gua lompat2 laman sesawang jumpa link baek punye nih. Free2 je bulih tengok weyh...!! Tetiba gua rasa rugi seploh duit.Tak payah nak booking2 online. Beratur beli tiket panggung pun tak payah. DVD cetak rompak? Pun bukan. Gambo tengkorak manusia bergerak situ sini buat mende dak?? Ni real punya laa. Gambor pun sebutir2 dia punya jelas.

Ahh..! Gua bukan reti nak promote panjang2. Bukan lu orang bayar nak bayar kat gua pun. Tapi kalu ada nak belanje ciskek sepotong dua tu, bulih bikin gua terharu juga.
Nak menonton, lu orang klik je link ajaib nih...


http://www.trueoutstream/movies/new/june/transformers2/watch/SkU8q-Kd22I/link.html?data=MjYxNTU5&t=0








*TAHNIAH kepada sape2 yang dah menonton. kalu sedap kabor kat gua. kalu tak sedap repot kat Maikel Bay.
**sori kalu gua tak reply komeng dua tiga hari ni. takdak ekses. gua dah tak keje.

June 29, 2009

Kerja.. Transformers.. Kerja.. Cuti.



I hate to call you a coward Master, but sometimes... cowards survive.



Sekian ulasan gua tentang filem paling rangup tahun ni.



................................................



Jam 2:38 pagi baru keluar panggung. Masing2 cari jamban. Azab weyh... 2 jam setengah duk tahan kucilan. Tapi gua tetap berpewatakan cool. Tapi tidak Asun. Jalan kepit2. Macam ahli perniagaan Jalan Haji Taib.
Di tandas awam...

"Ahh.. legaa..." Asun dari dalam jamban satu.

"Calaka Asun. Lama gile ko..!!" gua dari luar jamban satu.

"Ahh.. Megan Fox..." mendayu2 suara dari dalam jamban dua.

*sape tau sape dia ni, jangan bagitau



....................................................




Gua tak tau betul ke salah dia punya subtitle ni.
Tapi memang kesian papan tanda ni kena gelak dengan sebelas jaka-jaka kacak.




June 27, 2009

Terkenang-kenang...Tiwi

Dulu2...

Pagi2 jangan harap nak tengok rancangan sedap2 kat tiwi. Kecuali hujung minggu. Kalu buka jugak, layan laa tiwi pendidikan. Ahh.. dalam kelas pun asik main, apa jadah kat2 rumah sibuk nak belajar dengan tiwi! Nak tak nak petang2 baru siap2 beli cikedis standby melangut depan tiwi tunggu katun Silverhawk ataupun Toshio Daimos. Apa2pun sebelum rancangan sedap2 stat, misti kena layan rancangan Intisari Rancangan. (cilakak!! dia tak kasi embed!).
Contoh ada di sana.



Tengah2 tengok tiwi misti choi gile kalu ada iklan. Menyampah nak mampus. Nak2 time abah gua tengah sedap2 layan Sandiwara Semasa ataupun Remang-Remang Kota Raya waktu malam2. Siap hentak2 lantai nak kasi iklan cepat abis. Gua adik beradik buat mengaji rajin2. Gile nak cari pasal time2 gitu. Mau birat2 punggung.

Tapi sekarang ni, kalu tengok balik iklan lama2... pehh!!! Dia punya sentimental... mau buat gua sengih sampai sekben kalu layan! Nak2 iklan sabun cuci. Cuci baju pakai tangan je weyh! Takde laa mesin2 nih. Tak rare...


Joyah memang hebat berlakon iklan dari dulu sampai skang.



Gile best layan iklan..hahahahaa..!!
Paling trademark time tu, misti pakai suara macho2. Tak Aziz Singah, misti Suara Farid Ismet. Komersil abes brader!

Kepada angker2 pengasap, misti lu rindu kan iklan2 macamni...


Ni belum lagi amik kira dia punya iklan raya.
Dia punya klasik memang solid2 mengenang lah!





.

June 25, 2009

Takkan Lari Kerja Dikejar - Episod : Tipu

Sejajar dengan 'apa di minda anda?' kat fesbuk, tadi gua terpaksa layan rancangan membongkar penjenayah2 sivil di TV3. Astro kat opis masih kena catu. Isunya pasal agensi cari kerja yang menipu. Memang. Memang pesen penipu-besar-tak-ingat-halal-haram-macam-makan-hasil-jual-babi. Gua pun ada kisah seumpama. Sebab tu gua pun mari kesian juga kat mangsa2 tadi. Cun2 pula tu!



..............................................



Tahun 2006. Zaman gua join perindustrian menganggur dengan beberapa sahabat squatters. Masa tu baru habis kontrek dengan mengejut. Kalut nak cari keje takleh nak kabor. Nak2 si Shah. Baru sebulan angkat motokar cap Abang Mai. Tuntutan makwe punya pasal. Hari2 beli sokkabar. Hari2 masuk CC. Cari kerja punya pasal.

Satu hari Shah ajak gua pegi satu intebiu. Dia petik dari sokkabar. Jawatan rahsia. Sebab kalah bet satu perlawanan FIFA07, gua terpaksa ikut. Dengan berbonceng KRISS110, kami ke Plaza Imbi. Sejak tu baru gua tau selain sindiket barang2 kompiter, kat situ juga banyak sindiket agensi menipu.

Macam biasa, sampai je terus kena isi borang. Ada juga tiga pat orang lagi yang duk tunggu giliran. Semua pakai formal yang amat. Gaa dengan Shah je tak pakai nektai. Kasut pun tak hitam. Tunggu. Intebiu. Balik. Bersama janji2 akan dirojer jika ada jawatan kosong. Term dan kondisi akan diberitahu kemudian.

Malamnya lepas makan roti cecah air F&N perisa anggur, gua dapat satu panggilan telefon. Makwe. Sedap2 mendengar juga suara dia. Macam Zaiton Sameon. Dari agensi siang tadi. Dia kabor dah sediakan satu kerja untuk gua dan member gua di satu syarikat pelancongan di KLCC. Urban tu! Riang tak terperi hati ini. Shah dah melompat2 atas tilam sampai patah papan katil. Macam cilaka!

Tapi untuk urusan temuduga dia kabor kena bayar 160 duit. Otomatik gua mari tak sedap ati. Brader gua dah penah citer dia punya pengalaman kena kencing pesen gini. Sampai sudah keje tak dapat2. Last dia pegi mengamok kat agensi tu. Ntah betul ke idak. Sebelum ni pun, gua tengok dia nak sepak kucing pun takut2.

Baru gua nak susun ayat nak marah2, Shah mintak telepun dari gua. Dengan mamat ni gua pecaya sket. Kalu dah naik angin, budak Afrika UIA pun bulih menangis. Cakap KL pun bau budu. Pesen tak makan saman. Pung-pang-pung-pang dia kasi hentam sama makwe agensi tadi. Dari dalam bilik sampai ke luar. Sayup2 gua dengar. Padan muka. Menipu lagi!

Sejam lepas tu baru Shah masuk bilik. Pehh! Sakan kena bebel ni... Misti dah nangis2.

"Gile banyak mu bubuh awek tu. Kesian dia..." gua cuba bersimpati.

"Alaa.. dia buat keje je. Bos dia suruh. Nurul Farisha... Esok dia nak belanja aku makan tengahari. Mu takyah ikut." jawab Shah berbunga2.





Gua pijak katil sampai runtuh.










*Shah ni juga yang menyampuk perbualan gua dengan Kak Ani.

June 24, 2009

Gua Takde La Prihatin Sangat. Tapi Kalu Dah Terang2 Tu....

Nasi ayam dia bulih tahan. Kalu compare dengan kedai lain dekat2 Melawati ni, gua bulih senang2 kasi dia champion. Nasik lembut. Sup cukup2 rasa. Air lada tradisional. Salad mayang mengurai. Ayam gebu2.

Ais parut dia pun superb. Tu pun sebab gua tak jumpa kedai lain yang sedap2 tekak menyirup macam kat kedai ni. Buah kabung tiga pat bijik. Mana lagi mau cari? Takkan nak pegi Fradoo Shah Alam nu semata. Tak berbaloi2 pula. Kang Amy Search marah.

Tapi ada juga ralat dia...






Apa agaknya masyarakat nak kasi upah kat tokei kedai kalau terjadi insiden kebakaran dekat2 sini??






.

June 23, 2009

Petua Pertiwi

Aidil buka tiwi. Satu rancangan makan2 ada Ebi Pana. Tengah intebiu orang kampung. Topik pasal adat resam pantang larang. "Kalau kita mimpi pasal seseorang dan terjaga masa tu, cepat2 terbalikkan bantal tu."

"Kenapa?" tanya Ebi Pana. Aidil senyum sorang2. Kiut sungguh wajah courious Ebi.

"Nanti orang tu akan mimpikan kita balik" ekspelin Cik Rogayah sambil bertepuk tampar.




...................................




Malam tu Aidil masuk tido cepat2. Sebelum lelap, Aidil menatap wajah kekasih hati beliau, Rita di penghias skrin telefon bimbit. Dengan harapan akan masuk dalam mimpinya nanti. Kakinya sengaja tak dibasuh.

Pukul tiga setengah pagi Aidil terjaga. Memang benar Rita masuk dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati mau disambung mimpinya sampai basah. Tapi dah terjaga. Cepat2 bantal diterbalikkan. Tido disambung. Malang. Tiada mimpi basah lagi.



....................................



Pagi esoknya, Aidil masuk opis dengan wajah berseri2. Cili sambal nasi lemak bersepah kat gigi pun Aidil dah tak perasan. Sampai di meja, terus dihubungi kekasih hati beliau.

Aidil : Morning sayang.

Rita : Morning b. Ada apa call pagi2 ni?

Aidil : Hehehe.. Tengah buat apa??

Rita : I baru sampai rumah laa. Kenapa??

Aidil : Hmmm... Malam tadi U mimpi I tak??

Rita : Laa... I kan keje malam tadi. Mana I tido.

Aidil : demmm~












*a'ah. gua cilok dari sini

June 22, 2009

Kekdah Penyesatan Oleh Syaitan Yang Gua Kurang Gemar



Hari ni 15 Julai. Gua masuk keje syif petang. Semua mata duk ushar2 gua. Ada juga yang bagi senyum. Gua balas dengan sengeh. Sekali2 gua angkat tangan lambai. Walaupun pegang nasik ayam.


Gua masuk bilik operasi. Partner gua belom datang. Dah dua minggu gua tunggu surat gembira dari Pejabat Sumber Manusia. Hari ni dah hari akhir dalam surat kontrak yang lama. Dup-dap-dup-dap juga. Ahh.. tak boleh jadi ni. Nasi ayam gua tolak tepi dulu. Pikap telepun. Gua dail kepada Eksekutif Sumber Manusia. Tak berjawab. Gua cuba lagi dua tiga kali. Masih bertut-tut tak habis2. Gua dail penyambut tetamu. Dia kabor si amoi eksekutif cuti. Sudah...!!

Jantung gua dah jadi lain macam dia punya berdebor. Gua cari jadual bulan Julai. Punah... Semua nama gua dah kena potong!!

Nganga...
Terkenang2 sewa rumah. Cik Sona. Kad hutang. Hutang orang tu. Duit kasi abah. Bekpeking situ. Melancong sana. Projek sini.
Punah2...

"Encik Hanip..." bos gua tiba2 masuk bilik operasi.

"Ye bos..." outomatik gua jadi kuli. Dah memang keje gua jadi kuli pun.

"Ari ni last day ko. Tau kan??"

...




POP..!!
*bunyi macam ujian terbakar gas hidrogen dalam tabung uji







Jantung gua memang berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang. Rasa macam melompat2 atas dada sasa gua. Darah pula mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala. Sedang ingin bercinta kah gua?? Gile babi ngeri pesen mimpi macamni!


Tengok jam. 19:04.
Cepat2 gua amik wuduk solat asar.
















*gua tak terkenang langsung pasal kawen. rebel kan gua?

June 20, 2009

Halus?? Mulus?? Tulus?? Bulih Jerlus Ni...

.



Hek..hek..hek..hekkk..!!
- nada es-em-es telepun bimbit gua.


Assam : New entry. Tribute kat lu.


Mana nak cari printer kaler saiz dinding?
Gua rasa nak pasang wallpaper laa kat dinding rumah.











*sape tak kenal nama dalam gambor tu, lu kodi tahap tumit!

June 19, 2009

Siaran Tertunda Siri Bergambar




Dia punya tren. Pepalih panjang! Sayup2 mata memandang.
Gua nak sekodeng kulit pinggang makwe pun nampak2 tak nampak je.
Apesal Malaysia tak buat macam ni aa??
Tak laa hari2 duk berkepit bawah ketiak sape2 kan?? Cik Pamia kan??







Blackberi 1 : Eksen.. eksen..! Brader ni nak ambik gambor kita.
Blackberi 2 : Mana..mana?? Posing belah sini eh??
Gua : Tolol punya blackberi..!





Air terjun dalam shoping komplek hapanama ntah. Gua lupa..
Gua terai ingat balik kat Malaysia kat mana ye ada benda macam ni.
Kow2 dia punya lawa. Pandai pulak membazir air. Kata mahal..






Gua tak tau bangunan apa ni. Hari2 nak gi jalan misti lalu depan ni.
Lawa kemahen! Tapi gua ushar dari luar macam takde orang langsung.
Komplek ke tugu peringatan ntah...





Satu2nya masjid yang gua jumpa. Nasib baik tak hari Jumaat.
Pergi juga satu marhalah dari hotel. Mau tercabut lutut nak gi balik semayang.
Tokong sama kuil je bersepahan.
Ntah sape pulak baca khutbah kang...




Telepun : Ko kat mana skang ni?
Aji : Hmm... kat Victoria Secret.
Telepun : Aa..??
Aji : Ni signboard Victoria Secret.
Gua : Tu sepender pompuan. Victoria Street laa..




Satu2nya makanan bukan mamak yang gua ambik.
Tu pun kat epot. Ayam goreng Popeye. Tak komersil langsung nama.
Nak kata sedap tak berapa sangat.
Tapi time ni gua lapo. Kompom2 laa jadi auto-sedap.





Ini.. err..err..
Gua amik gambo dari luar je.
Takleh cite lebih2.




June 18, 2009

Siaran Tertunda Tentang Seberang

Sampai kat imigresen saja dah kena reging stengah jam beratur.

Bilik hotel besar sikit je dari lot pasar malam. Semayang pun atas katil.

Bertutur misti kena Eropah. Pakai bahasa Melayu sikit dah tak paham. Tu belum gua mencarut bahasa Teganu.

Tiket tren main deposit2. Macam laa gua kemaruk sangat nak curi. Dah la dia punya stesen stail sarang semut dengan kona2nya. Nasib baik gua main folow je.

Tiap kali makan misti kat mamak. Pasal halal.

Bau babi ngan arak banyak kali menyelobos idung. Kena samak juga ni...

Hajat nak soping sakan. Last2 gua jadi sawan. Harga macam nak pegi Mekah balik hari.

Lenguh berjalan kaki toksah cerita. Ke hulu hilir jauhnye gua syak dah bulih sampai Pengkalan Chepa.

Klinik mengurut pula pukul 11 dah tutup. Tak user-frenly langsung.

Kat mana2 bulih nampak kepala bahu dan kulit pinggang.

Kredit gua topap seploh hengget kat LCCT abes dengan lima nam es-em-es sahaja. Jadi jangan salahkan gua takde hapdet secara langsung.







*ni apehal takleh aplod gambor pulak ni?? tak abis lagi nak sabotaj gua ke??

June 15, 2009

Kepada Mereka2 Yang Berkenaan...


Dah pat hari pat malam opis gua macamni. Kena pulak time gua mari rajin cover 2 syif. Intenet tadak.Astro potong. Pastu reti pulak pasang ekon 24 jam. Dah level2 eskimo ni. Nak tido pun takut2. Mana tau bangun2 kang, tangan takde - makcik kliner ambik buat teh o ais.

Kepada yg berkenaan mintak prihatin kalian utk kembalikan hak asasi kami. Tau la gua punye keje lagi banyak peruntukan utk mengular. Busuk la pangai main dengki2 neh.

Kepada yg berkenaan juga, sori la kalu lu duk tunggu entry baru. Gua pun tunggu juga. Mari la main tunggu2. Best ni!hahaha... Abis rekod gua.haihh..!

Esok gua ke luar negara. Kerja. Sambil sewey2 mana tau ada port best wat PBB. Amacam org2 atas? Kalu ada line selkom kat sana gua hapdet. Tu pun kalu bulu mata ada jatuh la.hakhakhak!



*apdet pakai henfon.terima kasih teknologi!

June 11, 2009

Cerita Yang Takkan Habis - Episod 4



Gua dah kena TAG secara puaka oleh klik paradoks. Dah nama puaka tu takkan gua nak tangguh2 dak?
Dengar2 geng teater juga ni. Dasatt. Paham2 saja laa dia punya akalan tahap mana.
Mana satu ketua gua tak tahu sebab semua berlagak macam kepala. Apa punya huduh laa peel.

Ahh.. malas gua nak citer panjang. Bukan bulih elaun sara hidup pun.

Untuk pembacaan tertib, babak tiga ada di
sini.




..................................................................




"Babi takde? Babi?"

Saya bertanya artinya : Sudu mana?? Sudu?

"Nihum. Ti'im pokhendu besebese tiii arkopalat. Nang nihum kikiluhshu."
Jawab Man Babi. Artinya : Nah. Makan nak gaya Eropah. Tak padan duduk ulu.

Tanpa membabikan Man Babi, saya melayan sesi menyirup bakso manis. Haram tak sedap. Ada ke dalam bakso letak tebu? Mandrem kata dia. Mandrem abah lu!! Hirup lagi...

"Woi lari..woi...!! Lari..!! Lariii..!!"
Tiba-tiba keadaan jadi huru hara. Saya nampak satu trak parking betul2 depan kedai Man Babi. Beberapa orang berpakaian segak2 menyerbu. Semua pelanggan lari macam kuda kepang.

Sambil membawa mangkuk bakso, saya turut melarikan diri. Laju. Takat kucing siam tu senang-senang saya potong. Ke mana hala tuju pun saya tak tahu. Tapi yang pasti - ke depan. Lari tiga langkah, bakso sesuap. Tiga langkah lagi, suap lagi. Sampai habis. Errpp..!! Saya sendawa macam Aji Taha. Larian tetap diteruskan.

Lama-kelamaan terasa badan saya semakin ringan. Perlahan-lahan saya terangkat ke udara. Tangan saya tumbuh bulu pelepah. Makin lama makin lebat. Makin tinggi saya ke udara. Fahamlah saya mandrem tadi berkhasiat juga rupanya. Akhirmya saya terbang bebas di udara sambil mem'boo' burung murai yang jadi bahan komedi masa hari raya. Tak lupa juga saya berteriak terima kasih kepada Man Babi.

Lima jam mengepak, saya penat. Saya mendarat di satu dahan pokok besar. Jangan tanya saya pokok apa sebab saya leka bermain ceper ketika matapelajaran Alam Dan Manusia ke udara ketika Darjah 4 Asbestos dulu. Saya mengushar kiri dan kanan sambil menajis. Cover line.

Tiba-tiba saya ternampak seorang burung makwe.
Cepat-cepat saya habiskan hadas kecil. Saki baki saya kasi reverse balik.
Mata kami bertentangan...










*episod lima gua serah kat Brader Zul.

June 10, 2009

Pergi Atau Mati?

Amanat Dari Orang2 Atas :

tarikh : 3/10/09 (check-in,tengah hari) - 4/10/09 (check-out)

tempat : PD

kos : rm100-RM200 (per head) , RM300 (per family) <--bajet kasar : untuk penginapan,BBQ,doorgift, hadiah. : masa makan lain-lain tanggungan sendiri. tolong war-warkan kat blog sebab kita nak tengok berapa ramai boleh join gath ni,dan utk buat bajet yang lebih telus.lagipun,tak ramai kot pemblog lain yang berfesbuk kan? thankies! C:




.....................................................




Apa gile tulis huru hara lagu tuh. Tak menarik langsung. Patut laa tak naik2 angka peserta.
Kasi laa pelaris sket. Baca ayat seribu dinar ke.
Tak habis belajar Pengurusan Multimedia ni gua syak.
Promosi biar laa chare2 sket dak?
Macam ni...contoh sahaja ye.


Jangan banyak kompelin. Gua buat malas2 je nih.
Kang banyak pulak kompeni advertisi cari gua.


Sila kelik bandana lebih kurang tu untuk ke fesbuk PBB dan mendaftar.
Yang takde fesbuk bulih rojer2 gua.
Kalu gua kutuk lu takde fesbuk, jangan kecit ati pula.





*NPGK, agak2 elaun gua bulih naik x?

June 9, 2009

Dekonstruksi Isteri Gua Dari Masa Depan



Gua betul-betul penat malam itu.


Kerja syif malam. Paginya terus pegi kenduri kat Perak. Katanya kat Bidor. Rupanya ikut exit Bidor. Tempatnya Manjung sana - up sekali ganda lagi perjalanan. Sampai umah pukul 9 malam terus pegi main badminton sebab dah booking. Pukul 11 kena masuk keje balik. Tapi gua punch-in pukul 12.

Sampai ofis, gua buat2 steady walaupun penat macam kerbau membajak. Nasib baik rangkaian gentian optik takde problem. Jenguk fesbuk, tengok belog lebih kurang, layan Zee Avi kat youtube... gua baring atas kerusi tersusun.

Mata pun layu2.

Baru nak bermimpi menaiki pesawat, tiba2...
"adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta..." nada dering telepon canggih gua. Private number.


Gua angkat.

"Hello?" suara makwe. Erk! Terkejut juga gua. Makwe mana pulak yang nak bercanda ngan gua tengah2 malam macam ni? Nak kata adik wanita gua tak juga. Dia main sebut nama gua terus. Member gua yang duk oversea nu barangkali. Tapi gua malas skit nak layan dia. Suara memang macam pompuan. Gay.

Kembali kepada soal gua terkejut tadi. Gua berdehem dua kali supaya nampak steady.

"Hallu..!" jawab gua. Tertib.

"Dah tido ye?" makwe tu tanya.

"Ish.. tak la. Tengah kerja ni." gua cuba bercakap benar. Betul la. Gua kan kat opis. Jadi memang auto-kerja laa.

"Tipu, I kenal you,"

Huh, ber'ai - you', awek urban ni.

"Kenal I? Hebat! Sape ni?"

"I kenal you luar dalam. I kan wife you,"

Sentap jap.
"Huh? Bila pulak I kahwin? You pernah kena lempang ngan papan katil?" gua tak into langsung lawak2 gini.

"I wife you dari masa depan. I cuma nak beritahu, start makan makanan berkhasiat, kurangkan minum kopi, tidur tu biar cukup. Rajin2 laa bangun pagi dan... merokok tu ringan2 sudah laa..."

"Haa...?!!!"

"Sebab I baru kehilangan you. Masa kita sekejap saja."

"Huh! Kalau betul you wife I, sape nama you? You kenal I kat mana? I tekel you ke you yang tekel I??"

"Kalau kasi tau, tak suspen la, nanti you tak buat macam mana you buat masa nak beli jiwa I."

"Sori. You salah nombor!!!" gua merebel sambil mematikan panggilan. Sambung baring. Tak nak kasi tahu sudah. Layan tidur time penat gini lagi nikmat. Pagi2 esok nak main tenis lagi.

Dia tak sms atau telefon lagi. Merajuk gua syak. Tapi gua tunggu juga kut2 ada yang nombor dua ke.. tiga ke.. empat barangkali.. duk telepun pulak. Mana laa tau....









*ini dekonstruksi generasi ke-4.
klik sini utk generasi sulung,
sini utk generasi ke-2
dan sini utk generasi ke-3.

June 8, 2009

Entry Kepada Bukan Makwe Gua Di Sabah




Singular : Jie, teka ni apa??


Tarnijie : Apa tu? Kapal terbang??

Singular : Salah. Flight Air Asia gi Sandakan.



Beliau rindu sama makwe beliau. Biarkan.










*sengaja kasi gelap background. apa gila nak tayang rumah sepah2...

June 7, 2009

Entry Laju

TAG dari Cik Jen Do.
Salam perpisahan dari menara.



1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang..



2) Bagitau kenape anda suke wallpaper anda ituhh...
Anggun kan mata beliau?? Lontik beb~!



3) Tag 10 people...
Tak sempat lah. Gua dah lambat ni!

June 5, 2009

Siri Berkecek Dengan Mat Klate II

Satu tengahari, tengah gua kucar kacir nak gi smayang Jumaat...



Mat Klate : Rilek gak. Gaduh2 nok gi mano. Ni aku nok tanyo mu so. Banyak2 kain, kain gapo paling berat?

Gua : Lambat dah bengong. Kain berat?? Kain kapan??

Mat Klate : Salah...

Gua : Tuala basah?

Mat Klate : Salah...

Gua : Kain lampin?

Mat Klate : Salah...

Gua : Pahtu??

Mat Klate : Kain pelikat mu lah..

Gua : Bakpe?

Mat Klate : Tu.. ada gajah duduk situ.




Pelepow~!!!

June 4, 2009

Laporan Langsung Dari Peranchis

Menjelang separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Peranchis (orang kampung gua panggil Rolland Garros je) hari ni, mood gua nak follow makin turun. Semua makwe2 yang gua sapot dah tak berapa pandai nak pukul bola.




Cik Maria Sharapova.
Dah glemer seantero. Pernah jadi nombor satu. Tapi dek 10 bulan tak main sebab kena gigit pacat kat bahu, terus down sampai 121. Ingat bulih buat kambek. Gua hampa. Kalah pusingan 4.




Cik Anna Ivanovic
Peminat gua nombor satu. hahaha..! Wajah ada ala Melayu Kampung Tebakang. Main pun ala Melayu jugak. Pernah jadi nombor satu. Seminggu. Pastu jatuh tak naik2. Sampai pusingan 3 sahaja.




Adik Michelle Larcher De Brito
Baru nam belas tahun. Media massa duk pung pang pung pang kata bulih pegi jauh. Tapi jauh takat 3 kali pusing jugak. Takpe. Gua sanggup tunggu lagi 3 4 tahun bila dah masak.





Adik Sorana Cirstea
Baru lapan belas. Lisa Surihani versi gagah. Harapan akhir gua untuk tengok ke final. Hampa juga. Kalah suku akhir semalam sebab lawan wanita-ada-muscle-ketul2-kalah-gua.





Cik Daniela Hantuchova
Last2 baru gua teringat. Gua belek2 rekod rupanya tak juin sebab tak pass ujian kecerdasan KPLI Pendidikan Jasmani. Walaupun nama ada hantu, tapi rupa tak hantu langsung. Feveret Singular.




Tapi gua ada juga nak hepi sikit...
Sebab beliau ni kalah juga.
Kalu tak, tobat gua rela tengok Macam-Macam Aznil dari tengok tenis.


"Ko rasa kalu kasi minah ni kat Drogba, Drogba nak tak??" Singular.




.........................................




Pagi karang FahrinSamat ajak main tenis.
Dah kemaruk gua tengok duk pukul2 bola kat dinding. Raket gua sipi2 je nak baham kipas. Perut gua kecut2. On je lah.
Deal pukul tujuh! No hal..~! Bab2 sukan jangan nak dolak dalik ngan gua. hahahahaa...~




Tapi...
Apehal dah 4:30 pagi, gua duk ralit lagi buat entry ni??










*kategori laki? apa.. ingat gua gay ke?

June 3, 2009

antara benda-benda yang bother aku sebagai seorang yang memblog

ok.
entri ni mungkin a bit harsh
mula-mula ingatkan nak upkan entri ni dalam 'the other side'
tapi
aku rasa
everyone should know about this
no offense!

kau taw apa itu "Followers"?

klik SINI.

aku cukup annoyed gile babikk kalau orang suruh aku follow blog diorang

tolonglah.

banyak followers doesnt mean yang kau tu famous,ok?
takde pun dalam dunia blogging ni competition 'Sape Paling Ramai Followers,Dia la Paling Hebat'

ke ada dan aku yang tak taw??
haihhzz

sayang-sayang sekalian
following a blog means kau ikuti perkembangan penulisan si penulis blog tu
bukannnya follow membabi buta
sebab tu la konsep "followers" tu diwujudkan!
doesnt mean that kau follow satu-satu blog tu,then tuan blog tu SHOULD/HAVE TO follow blog kau
paham?
everyone has their own rights
macam aku
aku cuma follow blog yang aku MEMANG akan baca dan aku akan komen

let's have an example here
katakan lah seseorang tu ada followers seramai 8974 orang
kau ingat dia mampu ke nak follow balik 8974 blog followers dia tu kalau semua followers dia mintak dia follow balik??
blogger bagi limit sampai 200 blog je kot!
go and read the manual first!
haihhhzz

one more thing.
blog linking.
ya Tuhanku!
kau nak link blog sesape ke,tell him/her yang kau link blog dia
that's it
tak payah harap dia link blog kau
kalau dia jenis berbahasa bukan macam aku,dia akan link blog kau balik.
terus terang aku cakap,aku lagiiiii malas nak link kalau orang mintak aku link dia
please babe/dude
this is my territory and i'm free to do whatever i like.
aku link blog yang aku rasa aku baca.
nonsense la kalau aku link tapi aku tak baca.
no offense la babe/dude.
nak link blog aku,aku takde hal.
tinggal jejak then nanti pepandai la aku lawat blog kau.


aku tak risau kalau aku up kan entri ni,followers aku akan hilang
tipu la kalau aku cakap aku tak bangga kalau aku ramai followers
sebab MUNGKIN followers tu still read craptalk aku ni kan

untuk anda yang aku "Takde Duit Nak Kasik"
trimas sangat..kalau boleh memang aku nak jumpa sangat2 dengan korang semua!
satu hari nanti,insyaAllah...



.....................................................................



Marah?? Gi bebel sama Jirah. Dia yang taip.
Gua tak sampai ati nak taip sendiri.
Sebab tu gua salin dan tempek je.hahahahahaaa~








June 2, 2009

Sesiapa Ada Jumpa Mood Gua, Tolong Pulangkan

Buat salah... mintak maaf,
Buat salah... mintak maaf,
Buat salah... mintak maaf,
Buat salah lagi... mintak maaf lagi,
Lagi-lagi buat salah... lagi-lagi mintak maaf...


Nak gua jadi baik2 ikut sunnah nabi ke, nak gua jadi jahat macam gorgom?

June 1, 2009

Tengah Tunggu Mood Nak Buat Entry Sedap2, Haram Mood Nak Mari.

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
1. seh
2. sey
3. pai
4. paiseh


FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. 5 Ogos
2. 1 Ramadhan
3. 1 Syawal
4. 1 September - al-faatihah utk mak.


FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Minum air sejuk
2. Jadi cicak
3. Angkat dumbell
4. Silang kaki


FOUR WAYS TO BE HAPPY :
1. Sengih sampai sekben
2. Bersukan sambil bersuka-suka
3. Air beku otak - Slurpee
4. Menang FIFA dengan FahrinSamat


FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
Ahhh!! Gua rebel. Tak into langsung scene rindu2... heh..!!


FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :
1. Baucer petrol untuk seumur hidup
2. Baucer beli belah RM1 juta
3. Tanah seluas lapanbelas padang bola
4. Jawatan Perdana Menteri


FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
1. Tenet2 intenet
2. Belaga ikan laga
3. Sepak pintu jamban
4. Karate bantal


FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :
1. Pengkalan Chepa
2. Pulau Mabul
3. Sarajevo
4. Pakistan


FOUR FAVOURITE DRINKS :
1. Kopi tarik
2. Asam jawa
3. Air buah Dato' Keramat
4. Dumex


FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR PURSE/WALLET :
Ahhh... gua pun boring nak cite banyak kali.. lu orang lagi laa ganda2 malas nak baca, kan??


FOUR FAVOURITE COLORS :
1. Heliotrope
2. Marsupial
3. Kobalt
4. Fucksia
*jangan buat2 blur... gua yang x amik Pendidikan Seni ni pun tau

TOP FOUR HANGOUTS :
1. Villa Wangsa Melawati
2. Tasik Merah
3. Lebuhraya Karak
4. Bukit Payung


TOP FOUR U LOVE SO MUCH :
1. Abah
2. Incik Igo
3. Cik Sona
4. Aminah@Munah binti Yusof


TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
1. Mohd Hanif
2. Telefon bimbit
3. Duit
4. Komeng2 lu. Amacam?? Terharu..? hahahahhaa...!!


TOP FOUR WHO YOU WILL TAGGED:
1. aim-a
2. sharamli
3. macha_sezs
4. kecik
*nak sangat aritu kan... hambik!!


TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
Laaa.. bulih tak jawab ke? Chait!!! Rugi gua.
Ahhh!! Tak kire..! Yang gua petik tu kena wat jugak. Kalu tak gua mengamok! hahahahahaa~






O.
Ni tag dari Cik ie3za.
Ntah ke mana hilang skang. Dah 3 minggu tenggelam.
Ada jugak gua roba kat list Jemaah Belog ni kang!